Maritim Malaysia (APMM) daerah ini berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar pelbagai barang keperluan bernilai RM80,000 selepas menahan dua bot nelayan asing di sekitar perairan Sematan dekat sini kelmarin.
Pengarah Maritim Malaysia DM11, Kepten Maritim Hariani Mahmod berkata, kejayaan itu hasil serbuan bersama antara Maritim Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam.
Menurutnya, menerusi Op Cegah itu, dua tekong dan enam kru bot warga Indonesia berusia antara 33 hingga 61 tahun telah ditahan.
0 comments:
Post a Comment