My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 20 August 2016

    Sarawak Mungkin Kembali Berjerebu


    Sebanyak 183 titik panas dikesan di Kalimantan dan tujuh lagi di Sumatera, Indonesia sejak semalam yang mencetuskan kemungkinan berlakunya fenomena jerebu di sekitar Sarawak sekiranya haluan angin bertiup menghala ke arah negeri ini. 

    Bagaimanapun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keadaan jerebu dalam negara sehingga kini masih baik apabila tiada kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat (IPU melebihi 100).

    Beliau berkata, sejak semalam, titik panas dalam negara hanya dikesan di empat kawasan di Sibu, empat lagi di Sri Aman, Miri (2), Kapit (2) dan masing-masing satu di Limbang, Bintulu serta Sarikei.

    “Keadaan jerebu di Lembah Klang dan beberapa kawasan sekitarnya dilaporkan semakin beransur pulih pagi ini (semalam),” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Gersik di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sarawak Mungkin Kembali Berjerebu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top