My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 22 August 2016

    Dua Guru Mati Lemas Bot Karam



    Dua orang guru mati lemas dalam insiden bot ka­ram yang dinaiki 10 individu ketika dalam perjalanan dari Kampung Rampayan Laut menuju Pulau Mantanani dekat sini semalam. 

    Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud berkata, mangsa yang maut dalam kejadian pukul 3.35 petang itu ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Manta­nani, Limun Gamburud dan seorang lagi guru sekolah berkenaan, Kamariah Hamdan.

    “Kedua-dua mangsa di­sahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala lapan lagi sedang dirawat di Hospital Kota Belud,” kata beliau di sini semalam.

    Balai Bomba Kota Belud mene­rima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.45 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 25 minit kemudian. Operasi menyelamat tamat pada pukul 7.25 malam tadi.

    Seorang guru Sekolah Mene­ngah Kebangsaan Arshad, Mohd. Mustazar Bundah yang merupakan saudara kepada Kamariah begitu terkejut de­ngan kejadian itu. Mohd. Mustazar berkata, saudaranya itu baru ditukarkan ke sekolah berkenaan dari Sekolah Kebangsaan Nahaba.

    “Kali terakhir, saya berkesempatan bertanya me­ngenai suasana mengajar di SK Mantanani dan arwah memberitahu setiap tempat dan sekolah ada cabaran dan dugaan yang tersendiri,” kata Mohd. Mustazar. Kamariah meninggalkan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Guru Mati Lemas Bot Karam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top