My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 20 August 2016

    Hasil Siasatan Jenayah MH17 Diketahui Bulan Depan


    Keputusan awal siasatan jenayah berkenaan tindakan menembak jatuh Penerba­ngan MH17 milik Malaysia Airlines di Ukraine dua tahun lalu akan diumumkan pada bulan depan, kata pendakwa raya Belanda semalam. 

    Hasil siasatan itu dijangka dapat menerangkan secara tepat jenis peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat jenis Boeing 777-200 itu pada 17 Julai 2014 dan lokasi ia ditembak. Kesemua 298 penumpang dan kru MH17 maut dalam tragedi itu.

    “Kami telah memaklumkan kepada waris mangsa tentang satu mesyuarat baharu pada 28 September depan yang mana keputusan siasatan jenayah akan diumumkan,” kata jurucakap pendakwa raya awam Belanda, Wim de Bruin.

    “Mesyuarat ini akan diadakan di Nieuwegein, tengah Belanda dan dibuka kepada para waris pada sebelah pagi, diikuti satu sidang akhbar pada tengah harinya,” tambah jurucakap itu.

    Waris mangsa menyambut ulang tahun kedua memperingati insiden itu pada bulan lalu. MH17 ditembak semasa dalam penerbangan antara Amsterdam dan Kuala Lumpur.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hasil Siasatan Jenayah MH17 Diketahui Bulan Depan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top