My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 21 August 2016

    Johor DT, Perak Ditunjuk Jalan Keluar



    MALANG menimpa buat dua pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Perak apabila gagal menempah tiket ke pusingan suku akhir Piala Malaysia musim ini setelah gagal menempatkan diri pada kelompok dua teratas selepas aksi terakhir Kumpulan C, malam tadi. 

    Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, PKNS berjaya mengekang Johor DT pada aksi ulangan final Piala FA musim ini apabila berjaya mengikat pasukan pelawat dengan keputusan 1-1 sekali gus menyingkirkan skuad pendahulu Liga Super itu dalam saingan Piala Malaysia tahun ini. 

    Penyerang import PKNS dari Palestin, Mathias Hadwa sekali lagi membuktikan bisanya dengan menjaringkan gol seawal minit ke-2 untuk memberi kegembiraan buat kem tuan rumah. Namun, skuad Harimau Selatan tidak mudah mengalah apabila mereka melakukan asakan bertubi-tubi ke kubu pasukan lawan dan ia membuahkan hasil apabila Safee Sali berjaya menjaringkan gol ­penyamaan pada minit ke-41.

    Usaha kedua-dua pasukan untuk mencari jaringan kemenangan menemui jalan buntu dan menjadikan kedudukan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

    Sementara itu, PDRM berjaya menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dengan menundukkan Perak 2-1 dalam aksi yang penuh mendebarkan di Stadium Hang Jebat, Melaka. Skuad bimbingan Mohd. Fauzi Pilus itu berjaya mendahului saingan menerusi jaringan cantik yang dihasilkan oleh penyerang berbisa dari Brazil, Guilherme de Paula pada minit ke-22.

    Pasukan The Cops terus selesa pada babak kedua apabila penyerang muda, Mohd. Fakhrul Aiman Sidid menambah derita pasukan The Bos Gaurus dengan menambah gol kedua tuan rumah pada minit ke-58.

    Tersentak dengan itu, pasukan bimbingan Karl-Heinz Weigang memperkemaskan jentera se­rangan dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyerang, Elias, namun tiga mata penuh kekal milik PDRM.

    Pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor bangkit untuk mengikat Kuala Lumpur seri 1-1, sekali gus mengesahkan status sebagai juara Kumpulan C, manakala Pahang menewaskan Kelantan 2-0 di Kuantan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Johor DT, Perak Ditunjuk Jalan Keluar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top