My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 August 2016

    Saya Mana Ada Salah? Ini Semua Salah Depa!



    Tun Dr Mahathir adalah insan yang terpilih  dari luar golongan keluarga Bangsawan, menjadi Perdana Menteri ke empat Malaysia. Harus diakui, beberapa visinya telah mampu melonjakkan imej Malaysia kemata dunia. Antara yang wajar diingati adalah bagaimana beliau melakukan anjakan ekonomi negara dari sebuah negara pertanian, kepada sebuah negara berasakan industri.

    Namun begitu, beliau bukanlah insan maksum sehingga langsung tidak pernah membuat kesilapan seperti yang didakwa oleh pentaksub beliau. Bagi mereka, apa yang dilakukan oleh Tun M itu betul dan mereka cukup berbangga dengan KLCC, KL Tower, Sepang International Circuit dan macam-mcam lagi projek mega yang hari ini cuma mampu dipandang tanpa dapat dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

    Sepanjang pentadbirannya, banyak kesilapan yang telah beliau lakukan atau kesilapan dari membuat keputusan. Menariknya, beliau tidak pernah mengakui kesilapan berkenaan, sebaliknya menunding jari kepada pihak lain atas kesilapan keputusan dan tindakan yang beliau ambil.

    Berikut merupakan 11 kesilapan keputusan dan tindakan yang diambil oleh Tun M tetapi beliau menuduh kesalahan berkenaan bukan daripada kesilapannya sendiri. Sebaliknya pihak ketiga terpaksa menanggung kesilapan berkenaan.

    1. Kesilapan membuat keputusan dalam operasi Maminco

    Operasi Maminco adalah operasi sulit kerajaan dibawah pentadbiran Tun M untuk menyertai persaingan pertukaran matawang. Namun begitu, Kerajaan Malaysia diwakili Bank Negara Malaysia kehilangan hampir RM30 bilion antara 1991 dan 1994, sebelum muflis daripada segi teknikal dan terpaksa diselamatkan oleh Kementerian Kewangan.

    Untuk ini, Tun M pantas menunding jari kepada kerajaan luar negara kerana menukar peraturan "Future Trading" yang menjadi punca operasi ini gagal. Tiada siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan "perjudian nasib" seperti ini sehingga mengakibatkan Bank Negara, muflis.

    2. Pemecatan Ketua Hakim Negara dan kelumpuhan Mahkamah Tinggi

    Ini ada kaitan dengan sifat tamakkan kuasa semasa berlakuknya Pemilihan Agung UMNO sekitar tahun 1988. Beliau menerima saingan daripada Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah sehingga berlaku pelbagai perkara luar biasa pada waktu berkenaan. Akibat mahu mengekalkan kuasa, beliau menggunakan apa jua jalan untuk memecat Ketua Hakim Negara dan sekaligus melemahkan peranan Mahkamah Tinggi.

    Menariknya, beliau menyalahkan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada waktu itu, Almarhum Sultan Iskandar atas krisis perlembagaan ini.

    3. Skandal BMF

    Skandal Bumiputera Malaysia Finance bukanlah satu skandal yang kecil. Dilaporkan skandal berkenaan memakan jumlah sehingga RM 54 bilion yang terpaksa dicairkan akibat skandal ini. Menariknya, sehingga kini Tun M tidak pernah mengaku bahawa disebabkan kesilapan percaturan pelaburan melibatkan matawanglah aset berkenaan lebur begitu sahaja.

    Individu yang dipersalahkan oleh Tun M adalah Tengku Razaliegh Hamzah yang pada ketika itu adalah Menteri Kewangan, juga berlaku pada tahun 1988.

    4. Pembunuhan Memali 

    Ini adalah titik hitam dalam sejarah negara apabila Allahyarham Ibrahim Libya bersama-sama pengikutnya dibunuh dengan kejam hasil arahan Tun M. Menariknya, pada ketika itu, Tun M dilaporkan berangkat ke China sewaktu insiden ini berlaku. Namun ketika diselidiki, Tun M berada di ibu negara semasa operasi yang berlangsung pada waktu Subuh berkenaan.

    Agak malang bagi Tun Musa Hitam kerana beliau yang dipersalahkan keatas insiden di Memali ini hanya kerana beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.

    5. Skandal Forex

    Sekali lagi, Tun M membuat keputusan untuk menyertai persaingan kadar pertukaran wang asing. Akibat kesilapan percaturan Tun M, Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM 30 bilion dimana wang berkenaan sehingga hari ini tidak pernah dipulangkan kembali kepada kerajaan.

    Siapa yang dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu Menteri Kewangan pada waktu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana kesemua kesalahan dan kehilangan wang berkenaan diletakkan keatas bahu beliau sehingga mendorong pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet.

    6. Kegagalan Proton

    Pada tahun 1985, sewaktu melancarkan model pertama Proton, Proton Saga 1.3, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong industri automotif tempatan. Namun begitu, dasar yang diterapkan oleh Tun M selaku Pengerusi Proton, nyata telah memerangkap Proton kedalam hutang yang cukup banyak.

    Disebabkan itu, kualiti yang dikeluarkan oleh Proton jauh merosot berbanding sebelumnya sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap keluaran Proton. Siapa yang disalahkan Tun M dalam isu ini? Seluruh rakyat Malaysia yang tidak mahu membeli Proton. Tetapi tahukah Tun M bahawa kualiti kereta yang dihasilkan sepanjang beliau mempengerusikan Proton, cukup teruk?

    7. Konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan

    Umum mengetahui bahawa Lebuhraya Utara Selatan ini telah lama diswastakan. Namun begitu, perjanjian yang dibuat oleh Tun M dengan pihak yang membina lebuhraya ini mencatatkan, setiap 3 tahun kerajaan harus mengkaji kadar tol yang dikenakan. Andai kerajaan enggan menaikkan tol, kerajaan harus membayar pampasan untuk tiga tahun seterusnya.

    Kali ini siapa pula yang dipersalahkan? Seluruh kabinet beliau pula dipersalahkan kerana kesemua mereka tidak cukup pandai untuk menasihatkan beliau sebelum beliau menandatangani perjanjian konsesi ini.

    8. Isu Ops Lalang

    Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987. Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

    Kali ini siapa pula yang dipersalahkan setelah ramai pihak mengutuk operasi ini? Sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mengemukakan idea ini kepada beliau. Walhal beliau sendiri yang mengeluarkan arahan operasi berkenaan dilakukan.

    9. Tahanan ISA

    Antara tindakan paling popular yang dilakukan oleh Tun M untuk melenyapkan sebarang saingan dan kutukan daripada mana-mana ahli politik terhadap pentadbirannya, adalah hukuman ISA. Ramai yang pernah merasai betapa terseksanya hukuman ini tanpa dapat membela diri dan ditahan tanpa sebarang notis.

    Seperti biasa, pasti akan ada kambing hitam yang akan dituduh menyebabkan ramai dikalangan ahli politik ditahan didalam ISA. Orang itu adalah Allahyarham Tan Sri Megat Joned Megat Ayub, bekas Menteri Dalam Negari. Malangnya, beliau telah meninggal dunia untuk membela dirinya. Namun begitu, menerusi pencarian yang dilakukan, hampir kesemua arahan penahanan berkenaan ditanda tangani oleh Tun M sendiri selaku Perdana Menteri.

    10. Kemelut Matawang

    Malaysia pernah mengalami kejatuhan teruk matawang dunia sehingga pada satu ketika, begitu banyak kilang terpaksa ditutup akibat kejatuhan teruk matawang negara. Pada ketika itu, kadar tukaran wang negara berada pada RM 4.88 kepada USD 1 Dolar. Kadar inflasi dan pengguran juga mencatatkan peningkatan mendadak.

    Siapa pula yang dipersalahkan? Sudah pasti George Soros menjadi mangsa. Ketika itu, seluruh rakyat Malaysia percaya bahawa Soroslah penyangak wang antarabangsa sehinggalah satu pendedahan dilakukan oleh Barry Wain dalam sebuah bukunya. Beliau mendakwa, Tun M sebenarnya bersahabat baik dengan Soros dan Tun M memang mengatahui urus niaga yang dijalankan oleh Soros selama ini.

    11. Kegagalan 3 Tan Sri untuk menjatuhkan Najib

    Seluruh Malaysia dikejutkan dengan tindakan Khairul Izwan atau Wan Bro, Exco Pemuda UMNO yang bertindak berani melaporkan kepada polis berhubung percubaan tiga orang Tan Sri berkomplot dengan pihak luar negara untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.

    Namun begitu, komplot ini gagal walaupun dipercayai, komplot ini ditunjangi oleh Tun Dr Mahathir selaku mastermind disebalik komplot ini. Sebaik sahaja kegagalan komplot ini menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib, Tun M secara tiba-tiba muncul dengan menyalahkan salah seorang daripada Tan Sri ini yang menggagalkan usaha menjatuhkan Perdana Menteri.

    Pelik bukan? Kenapa Tun M secara tiba-tiba muncul menyalahkan pihak ketiga sedangkan sebelum ini beliau menafikan terlibat dalam mana-mana komplot atau percubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Saya Mana Ada Salah? Ini Semua Salah Depa! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top