Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Majistret Nik Isfahani Tasnim Wan Abdul Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman pegawai kanan DBKL itu sehingga 22 Ogos ini.
Menurut peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff, anak guamnya yang berusia 54 tahun direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan 23, Akta SPRM 2009 bagi kesalahan rasuah dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
“Rumah anak guam saya digeledah, sebuah kereta BMW dirampas, semua dokumen juga dirampas di pejabat dan di rumahnya,” katanya. Syed Afendy ditahan ekoran operasi SPRM yang diadakan serentak di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan semalam.
0 comments:
Post a Comment