My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 16 August 2016

    Perkembangan Atlet Malaysia Olimpik Rio 2016



    Goh V Shem-Tan Wee Kiong meletakkan diri mereka di landasan tepat merebut pingat Sukan Olimpik Rio selepas mengejutkan pilihan utama Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong pada suku akhir, semalam. Gelanggang 2 Pavilion 4 Riocentro begitu gamat dengan sorakan penyokong Malaysia apabila mereka bangkit melakar kemenangan 17-21, 21-18, 21-19 dalam masa 86 minit. 

    Mereka akan bertarung mengintai tempat ke final bertemu pasangan China, Chai Biao-Hong Wei pada separuh akhir hari ini. “Kami bermain tanpa tekanan dan hanya menumpukan kepada usaha mengutip mata. Sudah tentu kami amat gembira kerana kami kini di separuh akhir Sukan Olimpik. 

    “Peluang kami mengatasi beregu China itu esok 50-50. Kami akan cuba bermain seperti hari ini, kurangkan kesilapan jika mahu menang,” kata V Shem. Beregu negara itu terikat 3-3 menentang pasangan nombor lima dunia dari China itu. Chai Biao-Hong Wei layak selepas menewaskan Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov dari Russia 21-13, 16-21, 21-16 pada suku akhir.

    Terdahulu, beregu wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei perlu menyalahkan diri sendiri berikutan kegagalan mereka mara ke separuh akhir. Sekalipun rekod pertemuan tidak langsung memihak kepada mereka apabila kalah dalam tujuh pertemuan sebelum ini menentang pilihan utama dari Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi, permainan tidak konsisten mereka menjadi punca utama kekalahan itu.

    Vivian-Khe Wei kecundang 16-21, 21-18, 9-21 dalam tempoh 72 minit pada aksi suku akhir beregu wanita di Pavilion 4 Riocentro. “Memang salah kami juga kerana gagal mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlawanan. Beregu Jepun itu bermain lebih konsisten tapi kami gembira juga kerana buat pertama kali kami mencuri satu set menentang mereka.

    “Mungkin selepas ini kami berpeluang mencatat kemenangan ke atas mereka kerana kami sudah tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Khe Wei, yang tampil julung kali bersama Vivian pada Sukan Olimpik. Vivian menegaskan mereka tidak begitu kecewa kerana mencapai sasaran awal layak ke peringkat kalah mati temasya empat tahun sekali itu.

    Awal pagi semalam, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mencerahkan peluang meraih pingat apabila mara ke separuh akhir selepas menewaskan beregu Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba 21-17, 21-10. Mereka berdepan pasangan China, Xu Chen-Ma Jin yang menyingkirkan pilihan kedua Ko Sung Hyun-Kim Ha Na dari Korea Selatan, pada separuh akhir awal pagi tadi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perkembangan Atlet Malaysia Olimpik Rio 2016 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top