My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 21 August 2016

    Facebook Perkenal Aplikasi Lifestage



    Laman jaringan sosial Facebook kelmarin menyasarkan golo–ngan remaja yang gemarkan klip video dan Snapchat dengan mengeluarkan sebuah aplikasi baharu yang membolehkan remaja menonton rakaman kehidupan rakan sebaya mereka. 

    Aplikasi tersebut, Lifestage boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar iPhone, namun pengguna mestilah berumur 21 tahun dan ke bawah sebelum dapat melihat profil pengguna lain. Menerusi Lifestage, pengguna boleh membuat klip video tentang kesukaan mereka, perkara yang dibenci, gaya ta–rian dan aspek watak mereka yang lain.

    Semua klip video itu digabungkan sebagai profil mereka dan boleh ditonton oleh pengguna Lifestage yang lain. Aplikasi itu juga mempunyai butang untuk pengguna menyekat dan membuat aduan tentang kehadiran orang yang lebih tua.

    “Anda boleh melihat profil remaja lain di sekolah anda dan sekolah lain supaya anda dapat lebih mengenali mereka,” kata gedung dalam talian aplikasi iPhone, iTunes.

    Pengguna Lifestage juga boleh berkongsi klip video pendek pada bila-bila masa sahaja. Lifestage diperkenalkan untuk bersaing dengan Snapchat, aplikasi mesej yang popular dalam kalangan remaja untuk berkongsi gambar dan klip video.

    Lifestage juga dilihat oleh sebahagian penganalisis sebagai usaha Facebook untuk kekal popular dalam kalangan pengguna muda internet yang kurang berminat dengan laman sosial utama tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Facebook Perkenal Aplikasi Lifestage Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top