My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 17 August 2016

    Apa helah DAP Menerima Pribumi Setelah Teruk Dihentam?



    Penubuhan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin minggu lalu pantas di hentam teruk oleh DAP disemua peringkat. DAP mendakwa, penubuhan Pribumi ini adalah aspirasi UMNO yang dilihat penuh rasis dan menggalakkan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia.

    Bukan hanya sekadar DAP sahaja yang menghentam, PKR dan PAN juga turut senada dengan DAP dalam membicarakan penubuhan Pribumi ini. Dakwa mereka, Pribumi langsung tidak mengikut acuan dan aspirasi mereka dalam berpolitik di Malaysia apabila hanya memfokuskan satu kaum sahaja dan mengabaikan kaum lain yang ada di Malaysia.

    Namun segalanya berubah hari ini. Secara tiba-tiba Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Pribumi dalam semua aspek. Ini jelas berlawanan dengan kenyataan beliau sendiri yang menuduh Muhyiddin menggalakkan rasis menerusi penubuhan Pribumi ini.

    Mudah untuk disimpulkan bahawa, DAP akan mempergunakan segala cara yang ada untuk meraih sokongan dari kaum Melayu dan Bumiputera. Justeru, hasrat yang dinyatakan oleh Tony Pua ini jelas menunjukkan bahawa DAP sanggup mengorbankan sesuatu asalkan mendapat sesuatu yang jauh menguntungkan pada masa akan datang.

    Ini menjadikan desas desus yang mengatakan Pribumi akan menyertai Pakatan Harapan sebaik sahaja disahkan sebagai sebuah parti politik, ada benarnya. Apa yang pasti, kata-kata Muhyiddin dan Tun M yang kononnya mahu menyelamatkan UMNO menerusi Pribumi, adalah omongan kosong semata-mata.

    Adakah logik bagi sebuah parti yang menganggotai pakatan pembangkang dikatakan sebagai wadah untuk menyelamatkan UMNO? Sudah pasti tidak mempunyai logiknya. Penubuhan Pribumi sendiri merupakan wadah dendam bekas pemimpin UMNO yang kecewa. Mana mungkin mereka mampu menyelamatkan UMNO dengan menjalinkan kerjasama dengan pembangkang terutamanya DAP?

    DAP tidak pernah bertindak jika mereka tidak mempunyai kepentingan dalam tindakan mereka. Pastinya, baik Tony mahupun Lim Kit Siang melihat, Pribumi bakal dijadikan umpan buat mereka untuk menarik sokongan kaum Melayu bagi membolehkan mereka menguasai negara pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa helah DAP Menerima Pribumi Setelah Teruk Dihentam? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top