Polis daerah ini semalam mengedarkan fotofit dua suspek kes samun seorang ejen pengirim wang yang berlaku di Jalan Raus di sini, pada 6 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, ketika kejadian, mangsa berjalan membawa wang tunai ke sebuah bank yang terletak di tengah bandar Kluang sebelum didatangi tiga lelaki menaiki Proton Wira.
“Dua daripada suspek menarik mangsa masuk ke dalam kereta sebelum dipukul dan diacukan pisau dengan tujuan untuk menakut-nakutkan mangsa. Mangsa kemudiannya dibawa ke satu tempat di Batu Pahat sebelum ditolak keluar dari kereta yang masih bergerak seterusnya suspek melarikan wang yang dibawanya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

“Sebarang maklumat orang ramai boleh salurkan dengan berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Abd Aziz Mat Jaafar di talian 014-5219136,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyamun secara berkumpulan.
0 comments:
Post a Comment