My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 16 August 2016

    Kaji Sistem Pencukaian Uber, GrabCar



    Kementerian Kewangan tidak bercadang mengenakan cukai ke atas pemandu Uber dan GrabCar, sebaliknya mengkaji sistem pencukaian ke atas platform perkhidmatan berkenaan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan platform aplikasi Uber dan GrabCar berupaya mengaut keuntungan berjuta ringgit hasil operasi di negara ini. 

    “Kita (kementerian) tak nak kenakan cukai kepada pemandu teksi, tetapi kita nak tengok bagaimana kementerian boleh laksana pencukaian ke atas platform (Uber dan GrabCar) ini sebab pemandu juga perlu membayar 25 peratus kepada platfrom ini,” katanya selepas merasmikan program Semarak Komuniti 1Malaysia dan Kembara Jalur Gemilang parlimen Titiwangsa, Setiawangsa dan Wangsa Maju 2016.

    Beliau berkata, ketika ini kementerian itu sedang memikirkan kemungkinan platform terbabit didaftarkan sebagai sebuah syarikat di negara ini bagi memudahkan pendapatan keuntungan diperoleh Uber dan GrabCar diketahui.

    “Kita tengah fikirkan untuk mewajibkan platform ini didaftarkan, jadi kita boleh tengok berapa banyak pendapatan mereka dan dari sini berapa cukai yang mereka perlu bayar,” katanya. 

    Menurutnya, tindakan ini adil bagi golongan yang mengaktifkan ekonomi (pemandu) serta mereka yang menyediakan platform untuk ekonomi (Uber dan GrabCar). “Kita tidak boleh kenakan cukai ke atas pemandu kerana mereka juga cukup-cukup makan, tidak adil bagi mereka,” katanya.

    Selain itu, Johari berkata, kementerian itu tiada halangan untuk membantu pemandu teksi turut menikmati hasil pengembangan ekonomi negara meskipun bersaing dengan pasaran ekonomi digital (Uber dan GrabCar).

    “Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka, jadi kita tidak boleh hentikan ekonomi digital memasuki pasaran ekonomi kita macam Uber dan GrabCar, kita tidak boleh tahan mereka kerana sistem ini diterima pakai di seluruh dunia.

    “Namun yang perlu ditekankan ialah cara untuk menjaga kebajikan pemandu teksi sedia ada. Kerajaan akan memikirkan insentif yang boleh membantu para pemandu ini, termasuk meningkatkan pendapatan dan membiayai kereta mereka yang sudah lama,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kaji Sistem Pencukaian Uber, GrabCar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top