Masalah kecurian kereta sememangnya merupakan satu masalah yang sukar ditangani walaupun pelbagai peralatan dan gajet canggih dicipta untuk mengekang kegiatan jenayah ini. Saban tahun, ribuan kenderaan dilaporkan dicuri dan ada diantaranya merupakan kereta mewah yang dieksport secara haram ke negara-negara jiran Malaysia.
Mengambil kira kerugian yang ditanggung oleh ramai pihak, pihak Accenteam Asia telah mengambil inisiatif memperkenalkan teknologi terkini bagi membentdung jenayah curi kenderaan ini dari terus menular. Dengan menamakan produk mereka sebagai SKPG GPS Tracking System, produk ini adalah yang terbaik yang pastinya memberi banyak kelebihan buat pemilik kenderaan di negara ini.
Jika sebelum ini, pelbagai produk anti kecurian kenderaan diperkenalkan dengan cas yang begitu
tinggi serta dibelenggu dengan cas bulanan, SKPG ini mampu dimiliki dengan harga RM399 dan paling utama, tiada bayaran bulanan dikenakan. Malah, produk ini begitu mudah dipasang dikenderaan anda dan paling utama, ianya tidak mengganggu warranty kenderaan anda.
Antara fungsi produk ini adalah memberitahu pemilik kenderaan lokasi kenderaan anda secara langsung melalui telefon pintar anda (jika berlaku kecurian), mematikan enjin kenderaan dengan serta merta, boleh untuk menetapkan kelajuan kenderaan (jika kenderaan dipandu oleh orang lain) dan
banyak lagi fungsi istimewa yang tidak dapat diperolehi menerusi produk lain yang ada di pasaran.
Pasti timbul persoalan, bagaimana SPKG ini berfungsi? Sebenarnya, produk ini begitu mudah dipasang. Dengan saiznya hanya sebesar kotak rokok, alat ini sukar dikesan oleh orang lain kecuali pemilik kenderaan berkenaan sahaja. Produk ini menerima isyarat terus dari satelit dimana pemilik kenderaan hanya perlu mengawal kenderaan mereka melalui telefon pintar.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah pemilik produk ini perlu memuat turun aplikasi berkenaan dari google playstore dan disetkan dengan modem SKPG. Ini sekaligus memberikan peluang buat pemilik kenderaan berkenaan mengawal kenderaan mereka tanpa mengira dimana sahaja mereka berada.
Menariknya tentang produk ini, ia sebenarnya mampu membantu kerajaan dengan mengurangkan masalah penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan untuk tujuan peribadi, mengurangkan kos penggunaan minyak kenderaan, mampu untuk mendisiplinkan kakitangan kerajaan dengan mengelakkan mereka ponteng kerja dan banyak lagi.
Disamping itu, SPKG juga bakal membantu institusi kewangan dengan tiada lagi alasan kenderaan gagal di jejaki, mengenal pasti kedudukan kereta dengan tepat, tiada lagi alasan bayaran bulanan tertunggak dan sebagainya. Malah, menerusi SKPG juga mampu membantu pihak insuran kenderaan dalam penjimatan sehingga ratusan juta ringgit untuk membayar pampasan setiap kali sesebuah kenderaan dilaporkan hilang.
Malah, menerusi SKPG juga, pihak insuran dapat mengenal pasti kedudukan kenderaan dengan segera jika berlaku sebarang kecurian, memudahkan siasatan punca kemalangan dengan lebih tepat dan banyak lagi fungsi istimewa. Kesemua ini hanya boleh didapati menerusi SKPG GPS Tracking yang tidak mungkin dapat diperolehi menerusi produk lain.
Inilah peluang untuk semua pihak memiliki alat yang mampu berfungsi jauh lebih baik dari mana-mana produk yang ada dipasaran hari ini. Walaupun masih baru di Malaysia, namun, fungsinya telah terbukti mampu untuk mengurangkan kebimbangan pemilik kenderaan di negara ini tentang kehilangan sesebuah kenderaan.
Untuk Keterangan Lanjut berhubung produk ini Sila hubungi 0123560105 atau layari www.accenteam.asia untuk mengetahui produk ini dengan lebih lanjut.
0 comments:
Post a Comment