My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 22 August 2016

    MCA Optimis Tawan Semula Kerusi Yang Gagal Dimenangi



    Sejak penyertaan MCA didalam Perikatan kemudiannya ditukar kepada Barisan Nasional, parti ini sentiasa menjadi antara penyumbang utama majoriti yang diperolehi oleh BN pada setiap Pilihan Raya Umum. Sehinggalah "tsunami Cina" berlaku pada PRU ke 13 lalu yang menyebabkan MCA berundur seketika daripada sebarang kerusi kabinet bagi menyelami semula kelemahan mereka.

    Dengan azam baru yang ditunjukkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk kembali menambat semula hati pengundi terutamanya kaum Cina, beliau melakukan apa yang termampu untuk mengembalikan semula kekuatan MCA seperti yang pernah mereka nikmati satu ketika dahulu.

    Untuk itu, MCA sudah memuktamadkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai langkah awal untuk menawan kembali kerusi yang tidak dimenanginya pada pilihan raya umum lalu. Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang mengenai calon yang dipilih itu.

    Ujar beliau lagi, kriteria bagi pemilihan calon bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. Menurut beliau, MCA perlu mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan di Negeri Sembilan, MCA sudah mengenal pasti semua 10 kerusi berkenaan.

    Tegas beliau, MCA telah membahagikan kerusi negeri ini kepada beberapa kategori dan melipatgandakan fokus untuk memenangi kembali kerusi berkenaan. Beliau ditemui selepas merasmikan Bilik Gerakan MCA Chennah di Titi, dekat sini, semalam.

    Beliau juga mengumumkan, pihak MCA akan memohon mendapatkan kembali tiga kerusi parlimen iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju daripada UMNO. Ujar beliau lagi, MCA telah meminjamkan tiga kerusi parlimen itu kepada UMNO dan pihaknya akan mendapatkannya balik kerusi-kerusi berkenaan serta yakin UMNO akan membantu MCA untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

    Menurut beliau, MCA sudah bersiap bersedia, malah persiapan telah dibuat sejak awal lagi. Seperti di Pulau Pinang, sekiranya mereka ingin mengadakan pilihan raya awal, MCA juga sudah bersedia. Difahamkan, senarai berkenaan mengandungi nama calon yang terdiri daripada muka baharu dan lama.

    Disamping itu, beliau juga menyatakan komitmen MCA untuk bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dengan terus membantu dan berkhidmat kepada orang ramai, termasuk di kawasan MCA mengalami kekalahan pada PRU lalu.

    Semoga komitmen yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dan MCA ini dapat membantu kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Komitmen sebegini jelas dituntut terhadap semua parti komponen BN dan ianya amat penting bagi memastikan, BN kekal berkuasa kelak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MCA Optimis Tawan Semula Kerusi Yang Gagal Dimenangi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top