My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 August 2016

    Hari Ini Mereka Menjadi 'Rockstar' - Najib Razak



    Setelah berakhirnya temasya sukan Olimpik di Rio baru-baru ini, kepulangan 7 olimpian negara sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat sukan negara. Kepulangan Datuk Lee Chong Wei, beregu lelaki, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem, beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dari Rio menerima sambutan hangat dari orang ramai yang menunggu di KLIA sejak jam 12 tengah hari.

    Tidak ketinggalan menyambut kepulangan olimpian negara ini adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan Datin Seri Rosmah Mansur yang tiba sekitar jam 2.50 petang. Kira-kira 10 minit kemudian, kelibat 7 jaguh negara muncul dan sorakan mula bergema sebagai tanda sambutan penuh kebanggan dizahirkan oleh orang ramai yang menunggu ketibaan mereka.

    Menyifatkan sambutan yang diterima oleh 7 atlet Malaysia ini seumpama sambutan 'Rockstar', Datuk Seri Mohd Najib nyata cukup berbangga dengan pencapaian yang dilakukan oleh semua atlet negara. Walaupun tiada pingat emas yang dapat dicapai pada temasya kali ini, beliau menyifatkan, pencapaian 4 perak dan satu gangsa ini merupakan pencapaian terbaik negara sepanjang penyertaan Malaysia di sukan Olimpik.

    Beliau juga menzahirkan keyakinan bahawa, pingat emas yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia akan terhasil pada temasya sukan Olimpik di Tokyo, Jepun, 4 tahun lagi. Beliau percaya, dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia serta bantuan daripada kerajaan, sasaran pingat emas ini pasti dapat direalisasikan di bumi Tokyo kelak.

    Dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Mohd Najib turut mengumumkan penambahan insentif kemenangan kepada semua pemenang pingat perak dan gangsa negara di Olimpik Rio, dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM500,000 bagi pemenang perak manakala daripada RM100,000 kepada RM300,000 untuk pemenang gangsa.

    Datuk Lee Chong Wei semasa ditemui sebentar tadi, menzahirkan perasaan lega dan bangga diatas sambutan yang diterima olehnya dan rakan sepasukan yang lain. Sambil mengulangi permohonan maafnya atas kegagalan beliau menyumbang pingat emas pertama buat negara, beliau percaya, generasi pelapis sukan negara akan menghadiahkan pingat emas yang begitu diidamkan oleh negara.

    Sekalung tahniah sekali lagi buat barisan atlet negara. Apa yang kalian lakukan di Rio telah membuktikan slogan Malaysia Boleh sememangnya bersemi dan melekat di hati dan sanubari setiap seorang atlet negara yang membawa imej negara keperingkat antarabangsa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hari Ini Mereka Menjadi 'Rockstar' - Najib Razak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top