My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 20 August 2016

    Dua Ahli Geng 36 Ditembak Mati


    Polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 yang dipercayai terlibat dalam empat kes tembak dan bunuh di ibu negara serta Selangor dalam satu kejadian di Lebuh Raya Selayang-Kepong berhampiran Institut Penyelidikan Perhuta­nan Malaysia (FRIM) di sini semalam.

    Ekoran kematian dua lelaki tempatan itu, polis berjaya merungkai kes tembak membabitkan ketua Geng Satu Hati di Jinjang pada 25 Januari lalu dan misteri kematian seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam but sebuah kereta BMW yang cuba ditenggelamkan di sebuah lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya, Puchong pada 8 Mei lepas.

    Difahamkan kedua-dua suspek yang dikenali dengan panggilan Uva, 22, dan Sri Murni Boy, 26, itu merupakan anggota kongsi gelap yang sanggup melakukan apa sahaja untuk geng mereka termasuk membunuh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Ahli Geng 36 Ditembak Mati Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top