My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 22 August 2016

    Filipina Ugut Keluar PBB


    Presiden Rodrigo Duterte semalam mengugut untuk menarik Filipina keluar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu (PBB), selepas beliau melemparkan kecaman terhadap organisasi itu kerana mengkritik tindakan­nya meme­rangi jenayah. 

    Lebih daripada 1,500 orang disyaki penjenayah telah dibunuh sejak Duterte mengambil alih pentadbiran dan me­laksanakan penguat­kuasaan undang-undang, menurut statistik polis sekali gus mencetuskan kritikan hebat daripada PBB dan aktivis masyarakat.

    Duterte, seorang peguam yang terkenal kerana lantang bersuara telah berulang kali meminta supaya PBB agar tidak campur tangan dalam urusan negaranya. “Mungkin kami perlu ambil tindakan keluar daripada PBB. Jika anda yang kurang ajar, anak pelacur, maka saya akan tinggalkan anda,” kata Duterte pada sidang akhbar di bandar kelahirannya Davao.

    Duterte berkata, beliau juga mungkin menubuhkan sebuah organisasi antarabangsa baharu. “Saya akan jemput semua. Saya mungkin pelawa China dan negara-negara di Afrika,” katanya.

    Minggu lalu, pelapor khas PBB berhubung penilaian hukuman, Agnes Callamard ber­kata, Duterte yang menjanjikan kekebalan dan ganjaran kepada pasukan keselamatan untuk membunuh suspek kes dadah telah melanggar undang-undang antarabangsa.

    Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada bulan Jun turut mengkritik Duterte yang berjanji semasa pilihan raya untuk membunuh 100,000 orang dan membuang mayat di Manila Bay untuk ikan-ikan di laut makan dan menjadi gemuk.

    “Saya secara keras mengutuk sokongan beliau untuk pembunuhan luar undang-undang yang menyalahi undang-undang dan melanggar hak-hak asasi dan kebebasan,” kata Ki-moon.

    Duterte yang kerap melemparkan komen-komen pedas dengan kata-kata cacian juga pernah memanggil Ketua Agama Kristian Katolik, Pope Francis dan Duta Amerika Syarikat ke Manila sebagai anak pelacur.

    “Pergilah mampus PBB, anda sendiri tidak mampu menyelesaikan pembunuhan beramai-ramai di Asia Barat dan tidak mampu bantu keadaan di Afrika,” kata beliau.

    Pagi semalam, Duterte berkata, PBB tidak melakukan apa-apa untuk Filipina, termasuk menidakkan program pengurangkan kemiskinan dan bantuan ekoran bencana alam dan taufan. “Saya tidak pedulikan mereka. Merekalah yang sibuk campur tangan,” tegas beliau.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Filipina Ugut Keluar PBB Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top