Cinta adalah satu perasaan fitrah yang diciptakan oleh Allah terhadap seluruh makhlukNya di muka bumi. Menerusi cinta, kita diajar untuk berkasih sayang sesama makhluk. Malah menerusi cinta juga, ianya mendidik seluruh makhlukNya untuk mengasihi Maha Pencipta dan bagi manusia pula, di syariatkan untuk menyintai rasul Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Sebagai manusia normal, menyintai pasangan berlainan jantina adalah satu perkara yang normal. Menerusi perasaan inilah maka lahirnya pewaris umat manusia yang akan terus menerus mentadbir dunia selagi Sangkakala belum ditiupkan.
Kata orang tua-tua, cinta itu buta dan itulah yang berlaku terhadap Suraj Mahto, 22 tahun dan ibu mertuanya, Asha Devi, 42 tahun. Kedua-dua mereka sudah berumah tangga dan masing-masing mempunyai anak. Namun begitu, samada perasaan cinta atau cinta berlandaskan nafsu semata-mata telah mendorong, Suraj dan Asha bercerai dengan pasangan masing-masing.
Kedua-dua mereka akhirnya berkahwin walaupun pada ketika itu, Suraj adalah anak menantu kepada Asha. Semuanya bermula sewaktu Asha menjaga Suraj yang pada ketika itu sedang terlantar sakit. Keprihatinan ibu mertuanya inilah yang menyebabkan Suraj akhirnya jatuh cinta dengan ibu mertuanya sendiri.
Pernah satu ketika, dia menghubungi ibu mertuanya melalui telefon dan mereka bergayut sehingga setengah hari. Pelbagai perkara mereka kongsikan termasuk hal ehwal rumah tangga mereka. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh isteri Suraj dan suami Asha, mereka nyata gagal memisahkan percintaan terlarang ini.
Akhirnya, pada Jun lalu, sebaik sahaja Suraj dan Asha berjaya memfailkan penceraian mereka, akhirnya pasangan anak menantu dan ibu mertua ini disatukan. Pada awalnya, perkahwinan mereka nampak bahagia sehinggalah baru-baru ini, kedua-dua mereka akhirnya memutuskan untuk bercerai.
Menariknya, baik Asha mahupun Suraj, kedua-dua mereka mahu kembali semula kepada pasangan asal masing-masing. Menurut Suraj, mereka berdua akhirnya menyedari telah melakukan satu kesilapan paling bodoh setelah kedua mereka selalu berselisih faham tentang banyak perkara.
Lebih melucukan, Suraj mengakui, setiap kali dia cuba "mendekati" Asha di ranjang, dia gagal untuk menepis gambaran bahawa Asha adalah ibu mertuanya. Oleh kerana itulah, Suraj akhirnya memilih untuk memfailkan penceraian mereka dan kini sedang berusaha untuk kembali kepada bekas isterinya.
Persoalannya, andai kedua-dua mereka berjaya kembali kepada pasangan masing-masing, bagaimana Suraj dan isterinya mahu berhadapan dengan Asha selaku ibu mertuanya? Bagaimana perasaan Lalita, isteri Suraj mahu berhadapan dengan wanita yang merampas suaminya pada masa yang sama, wanita itu adalah ibunya sendiri? Bagaimana pula penerimaan bapa mertua Suraj dalam hal ini?
Benarlah bak kata pepatah, cinta itu memang buta dan Suraj serta Asha telah membuktikan kebenaran ungkapan berkenaan.
0 comments:
Post a Comment