My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 25 August 2016

    Tempoh Melontar Jamrah Dipendekkan Pada Tahun Ini



    Ibadat melontar yang membawa kematian kira-kira 2,300 orang pada tahun lalu akan dikawal lebih ketat semasa musim haji kali ini, beberapa akhbar Arab Saudi melaporkan semalam. Tempoh jemaah haji dibenar melakukan ibadat melontar jamrah akan dikurangkan sebanyak 12 jam, demikian menurut akhbar Saudi Gazette dan Arab News. 

    Ibadat melontar boleh dilakukan seperti biasa sepanjang tempoh tiga hari bermula 11 September depan di Mina, sekitar 5 kilometer (km) ke timur Masjidil Haram, tempat paling suci umat Islam. Bagaimanapun, pada tahun ini melontar jamrah tidak dibenarkan dari pukul 6 hingga 10.30 pagi pada hari pertama, pukul 2 hingga 6 petang pada hari kedua dan dari pukul 10.30 pagi hingga 2 petang pada hari terakhir, kata Kementerian Haji Arab Saudi.

    “Prosedur ini bagi membolehkan jemaah haji melontar batu dengan mudah dan menghalang sebarang rempuhan akibat kesesakan,” Saudi Gazette memetik Setiausaha Rendah Kementerian Haji, Hussain Al-Sharif sebagai berkata. Beliau tidak mengulas lanjut tentang bagaimana had masa baharu itu akan mengurangkan risiko kesesakan.

    Tragedi rempuhan pada tahun lalu adalah yang terburuk dalam sejarah Haji. Ia berlaku di luar jambatan jamrah setinggi lima tingkat, struktur menyerupai sebuah garaj besar dan menelan belanja AS$1 bilion (RM4.04 bilion) untuk dibina.

    Jambatan sepanjang hampir 1 km itu membolehkan seramai 300,000 jemaah melakukan ibadat melontar pada setiap sejam. Jemaah haji menyalahkan penutupan beberapa laluan oleh polis dan pengurusan lemah pergerakan ratusan ribu jemaah ketika cuaca panas sebagai punca rempuhan berlaku.

    Menteri Dalam Negeri, Putera Mohammed bin Nayef mengarahkan siasatan segera susulan tragedi itu tetapi hasil siasatan masih belum diumumkan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tempoh Melontar Jamrah Dipendekkan Pada Tahun Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top