My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 19 August 2016

    Ganjaran Dan Populariti Tiket Atlet Jadi Jutawan


    ATLET Olimpik dari negara-negara yang berbeza bersaing untuk kemuliaan, kehormatan dan kebanggaan negara asal masing-masing. Melalui kejayaan terutama mendapatkan emas Olimpik, mereka berhak mendapat ganjaran untuk kerja keras mengharumkan nama negara. 

    Wira Olimpik, Adam Peaty, 21, bakal menjadi jutawan selepas memenangi pingat emas dalam acara renang 100 meter kuak dada lelaki di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini. Perenang dari Britain itu turut pulang dengan kejayaan besar memecahkan rekod dunia dengan catatan masa 57.13 saat.

    Kejayaan itu bukan sahaja mengharumkan nama Britain di persada kejohanan sukan berprestij itu tetapi Peaty juga bakal mendapat habuan yang besar apabila pendapatannya turut melonjak. Perunding Pemasaran Sukan, Nigel Currie berkata, kemenangan Peaty sebagai lelaki Britain pertama memperoleh emas Olimpik dalam sukan renang selepas 28 tahun akan membuka lebih banyak peluang buat negara itu memperoleh kemenangan dalam acara sama.

    “Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama Britain tetapi ia turut menaikkan nama Peaty sebagai seorang perenang yang disegani. Dia bakal memperoleh banyak penajaan yang bakal meningkat sehingga AS$1.94 juta (RM7.79 juta) pada tahun depan. Pencapaiannya merupakan sesuatu yang besar dan menjadi kebanggaan rakyat di Britain,” katanya.

    Tambah beliau, Peaty masih muda, tampan, peramah dan sangat menyayangi keluarganya. Dia merupakan satu model yang baik untuk diketengahkan dan berbeza berbanding atlet-atlet lain. Pencapaian besar dalam sukan Olimpik telah menaikkan nama ramai atlet dan pada sama membawa mereka ke status jutawan.

    Perenang dari Amerika Syarikat, Micheal Phelps yang mempunyai 21 pingat emas Olimpik merupakan contoh terdekat. Kini dia telah memperoleh kekayaan dianggarkan AS$54.26 juta (RM218.09 juta). Ikon Kemenangan di arena kolam renang akan meletakkan Peaty sebagai salah seorang ikon kolam renang dan dia telah bersedia untuk berhadapan dengan populariti yang bakal dikecapi.

    “Saya sudah bersedia dengan apa jua perubahan hidup yang bakal berlaku dan kemenangan ini juga adalah satu permulaan untuk kejayaan lebih besar. Perasaan berada dalam sukan Olimpik adalah sesuatu yang sukar digambarkan, ia merupakan impian saya sejak dulu. Saya akan terus melangkah lebih jauh dan berusaha dua kali ganda selepas ini,” jelasnya.

    Kebanyakan atlet Olimpik sering menjadi tumpuan media dan adakalanya mereka mendapat limpahan populariti umpama selebriti. Setiap kejayaan seorang atlet di sukan Olimpik juga akan diberikan ganjaran oleh negara masing-masing dan pada sama ada di antara mereka turut mendapat penajaan yang bernilai jutaan ringgit.

    Berdasarkan satu kajian pendapatan di AS, selepas kejohanan Olimpik pada tahun 2012, separuh daripada atlet trek yang berada pada kedudukan 10 teratas memperoleh pendapatan tidak kurang daripada AS$15,000 (RM60,292.50) setahun daripada pelbagai sumber seperti penajaan, hadiah berupa tunai dan ganjaran.

    Atlet Olimpik boleh menyara hidup pada hadiah wang, penajaan dan menjadi jurucakap, namun tidak semua mendapat peluang itu. Negara-negara yang telah berjuang untuk merangkul sekurang-kurangnya satu atau dua emas, kerajaan menawarkan insentif yang jauh lebih tinggi.

    Ganjaran lumayan

    Selain jaguh di kolam renang Phelps turut mendapat liputan media yang meluas dari seluruh dunia. Itali, Rusia dan Perancis memberikan setiap pemenang pingat emas mereka sebanyak AS$180,000 (RM723,510), AS$135,000 (RM542,632.50) dan AS$65,000 (RM261,267.50).

    China pula memberi ganjaran kepada pemain utama sebanyak AS$31,400 (RM126,212.30) bagi setiap pingat emas, manakala Amerika Syarikat memberikan AS$25,000 (RM100,487.50). Singapura juga mengaplikasikan mekanisme sama dengan menganugerahkan ganjaran lumayan kepada atletnya melalui Program Anugerah Multi-Million Dollar.

    Kepada atlet yang berjaya merangkul emas dalam sukan Olimpik mereka akan dianugerahkan ganjaran sebanyak AS$746,000 (RM2,998,547) manakala perak, AS$??378,000 (RM1,519,371) dan gangsa AS$188,000 (RM755,666). Pemberian ganjaran ini merupakan satu intensif bagi menghargai kesungguhan atlet negara selain membakar semangat golongan pelapis untuk berusaha pada temasya sukan Olimpik semasa dan akan datang.

    Amaun diberikan juga berbaloi dengan usaha yang telah diberikan oleh atlet untuk menjadi yang terbaik di arena sukan dunia. Menurut jurucakap dari Pusat Pemasaran Warsaw, Universiti Oregon Amerika Syarikat, untuk mencapai sesuatu kejayaan di peringkat Olimpik, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

    “Setiap negara akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan setiap atlet Olimpik mereka memperoleh keperluan mencukupi untuk membuat persediaan. “Atlet juga banyak mengorbankan masa mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik pada kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu,” jelasnya.

    Atlet profesional

    Jutawan Olimpik juga bukan sahaja dilahirkan daripada kemenangan mereka dalam kejohanan berprestij itu. Ada juga antara mereka merupakan atlet profesional yang telah memperoleh pendapatan lumayan sebelum menyertai Olimpik.

    Kebenaran yang diberikan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa kepada atlet profesional bersaing pada Sukan Olimpik 1986 telah membuka ruang buat ikon Olimpik Global, Kevin Durant dan Novak Djokovic untuk memburu emas tahun ini meskipun mereka telah memperoleh pendapatan lebih daripada AS$150,000 (RM602,925) setiap hari dalam tempoh 12 bulan lalu.

    Atlet profesional daripada setiap jenis sukan selain gusti kini layak untuk menyertai sukan Olimpik. Idea kesucian sukan dan amaturism di sukan Olimpik sudah lama ditinggalkan. Terdapat 14 atlet bertanding dalam lima jenis sukan di Brazil yang telah memperoleh lebih daripada AS$18 juta (RM72.35 juta) antara Jun 2015 dan Jun 2016.

    Keseluruhannya mereka memperoleh AS$447 (RM1,796.72 juta) atau purata AS$32 juta (RM128.62 juta), 58 peratus hasil daripada penajaan. Mengungguli carta jutawan Olimpik ialah bintang liga bola keranjang Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Amerika Syarikat (NBA), Kevin Durant dengan pendapatan AS$56.2 juta (RM225.9 juta).

    Durant memenangi pingat emas pada tahun 2012 mewakili pasukan Amerika Syarikat. Namun, tahun ini adalah kali pertama penyertaannya tanpa rakan seperjuangan LeBron James dan Kobe Bryant. Jaguh gelanggang bola keranjang itu menjadi salah satu pemain yang paling diminati NBA sejak memasuki liga itu pada tahun 2007.

    Jika Durant membantu AS memenangi pingat emas, dia akan mendapat bonus AS$25,000 (RM100,487.50) daripada Jawatankuasa Olimpik AS. Untuk perak dia akan dibayar AS$15,000 (RM60,292.50) manakala gangsa memperoleh ganjaran AS$10,000 (RM40,195).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ganjaran Dan Populariti Tiket Atlet Jadi Jutawan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top