Sejak beberapa Pilihan Raya Umum yang lalu, sengat beberapa parti komponen didalam Barisan Nasional terutamanya MCA, hangat diperkatakan oleh ramai pihak. Ada yang mengatakan MCA dan beberapa parti komponen yang lain sudah tidak mempunyai kekuatan seperti sebelum ini berikutan perubahan polar undi kaum Cina yang dilihat lebih cenderong kepada pembangkang.
Malah, dikalangan pembangkang hari ini, mereka lebih berminat untuk meletakkan MCA sebagai sebuah parti "suruhan" utama UMNO sehingga menimbulkan kemarahan dikalangan kaum Cina yang pantas mempersoalkan, apa peranan yang dimainkan oleh MCA didalam Barisan Nasional dan pentadbiran negara.
Lebih memburukkan keadaan, ada dikalangan ahli UMNO mempersoalkan kredibiliti dan kesetiaan MCA untuk terus memberikan komitmen mereka didalam gagasan parti tertua di tanahair hari ini.
Mengulas tentang perkara ini, sumber dalaman MCA pantas menafikan bahawa MCA hari ini terlalu tunduk kepada UMNO sehingga meletakkan kepentingan kaum Cina sebagai perkara nombor dua. Malah, sumber berkenaan juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa MCA akan membiarkan UMNO sahaja berjuang menentang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya yang akan datang.
Menurut sumber ini lagi, sejak dari penyertaan MCA didalam Perikatan dahulu, komitmen MCA terhadap semua parti komponen yang ada didalam Barisan Nasional kekal sama. Dengan membawa semangat perpaduan kaum demi masa depan negara, MCA sentiasa komited untuk terus kekal bersama-sama UMNO dan semua parti komponen BN yang lain untuk memastikan BN kekal menerajui negara.
Malah MCA juga menegaskan bahawa, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan nasib kaum Cina terus terbela dan kembali bersama-sama kerajaan untuk memajukan negara. Tidak timbul soal hamba atau kaum kelas kedua di negara ini kerana apa yang diperjuangkan oleh MCA, selari dengan semua parti yang menganggotai BN sejak sekian lama.
Bukti kukuh dapat dilihat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar apabila MCA mengerah seluruh jentera pilihan raya mereka untuk membantu semua calon SUPP dan UMNO memenangi pilihan raya berkenaan.
Hasilnya, sudah nampak angin perubahan yang agak ketara di dua Pilihan Raya Kecil Parlimen yang berlangsung pada bulan Jun yang lalu. Kawasan yang dilihat sukar untuk ditembusi, kini sudah dapat di teroka dan ada diantara PDM mencatatkan kemenangan walaupun tipis. Inilah bukti komitmen berterusan MCA dalam memastikan BN kekal berkuasa di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment