Saban tahun, UMNO di segenap bahagian akan mengadakan mesyuarat mereka sebagai persediaan bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka bakal diadakan pada Disember ini. Seperti biasa, kesemua pemimpin tertinggi parti akan hadir ke setiap mesyuarat yang diadakan, tidak kira samada Presiden, Timbalan mahupun Ahli Majlis Tertinggi.
Disetiap mesyuarat, pastinya banyak ucapan yang akan dipentaskan untuk difahami oleh segenap ahli parti. Paling utama, amanat yang disampaikan oleh kepimpinan tertinggi UMNO pastinya mahu diadaptasi dan difahami sepenuhnya oleh ahli-ahli bahagian UMNO di seluruh negara.
Paling utama, amanat yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahu semua ahli UMNO diseluruh negara memahami asas dan corak pentadbiran negara dibawah pentadbiran beliau. Beliau pastinya tidak mahu ada diantara ahli UMNO yang bersikap talam dua muka ataupun gunting dalam lipatan.
Apabila Presiden mahupun para pemimpin tertinggi UMNO membuka bicara dan menyampaikan amanat mereka kepada akar umbi, antara perkara yang mereka harapkan adalah, semua ahli UMNO yang hadir memahami setiap butir bicara yang mereka sampaikan untuk dipanjangkan kepada ahli UMNO mahupun rakyat yang lain.
Ia bertujuan agar mainan persepsi dan tohmahan yang kian menjadi-jadi di seluruh negara, dapat dihentikan atau setidak-tidaknya menjawab segala tuduhan liar dari mana-mana pihak. Oleh yang demikian, mendengar, memahami dan menyampaikan kebenaran amat dituntut untuk membolehkan semua pihak mendapat maklumat yang betul dan tidak termakan dengan fitnah.
Untuk ini, setiap ahli UMNO yang menghadiri atau bakal menghadiri mesyuarat masing-masing cukup dituntut untuk mempergunakan segala pancaindera yang ada termasuk telinga masing-masing untuk mendengar sendiri apa sahaja amanat yang ingin disampaikan oleh kepimpinan tertinggi UMNO.
Usah menjadi api dalam sekam dan gunting dalam lipatan kerana yang akan rugi bukan sahaja diri sendiri, malah UMNO dan BN secara amnya. Apa yang ditinggalkan kepada kita oleh pemimpin terdahulu, wajar diteruskan kesinambungannya dan berhentilah dari mencari keuntungan sendiri menerusi politik.
Untuk semua 222 Bahagian UMNO, selamat bersidang diucapkan.
0 comments:
Post a Comment