Awal pagi tadi, temasya sukan olimpik Rio 2016, melabuhkan tirainya secara rasmi. Ini bermakna, sukan olimpik yang menghimpunkan seluruh atlet dunia di Brazil akan bertukar tangan kepada Jepun dimana Tokyo akan menjadi tuan rumah pada temasya olimpik pada tahun 2020.
Sepanjang penyertaan Malaysia di sukan olimpik sejak 1966, Olimpik Rio bolehlah dikategorikan sebagai penyertaan paling berjaya dalam sejarah. Manakan tidak, pencapaian negara pada penyertaan kali ini mencatatkan 4 pingat perak berjaya diraih dengan 1 pingat gangsa juga berjaya diraih.
Kesemua pingat-pingat negara disumbangkan oleh Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hong menerusi acara terjun 3 meter papan anjal berpasangan wanita, pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dalam acara bergu badminton lelaki, pasangan Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon dalam acara badminton bergu campuran dan Datuk Lee Chong Wei menerusi perseorangan lelaki.
Bagi pingat gangsa pula, dimenangi oleh pelumba basikal dengara dalam acara keirin lelaki, Azizulhasni Awang. Kecuali Chong Wei yang mengekalkan pencapaian di London 4 tahun lalu, kesemua yang memenangi pingat buat negara menunjukkan pencapaian yang jauh lebih baik berbanding temasya olimpik di London yang lalu.
Kini timbul satu persoalan, adakah Malaysia mampu untuk menggapai mimpi indah untuk memperolehi pingat emas di bumi Samurai nanti? Paling utama, mampukah Malaysia memperbaiki apa yang telah diraih di bumi Rio bagi membolehkan sukan negara mencapai kemajuan yang memberangsangkan?
Harus diakui, ada beberapa atlet negara yang kini sudah menghampiri penghujung karier. Sebagai contoh, sandaran utama negara sejak 12 tahun lalu, Datuk Lee Chong Wei yang kini sudah berumur 34 tahun dan dilihat mustahil untuk beraksi lagi pada temasya olimpik di Tokyo. Manakala Pandalela pula, walaupun baru berusia 23 tahun, namun dalam acara terjun, jarang kita melihat ada atletnya masih beraksi setelah berumur lebih 25 tahun.
Justeru, pastinya wujud kebimbingan samada Malaysia mampu atau tida untuk sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian yang diraih di Rio. Kita mempunyai pasangan bergu lelaki dan campuran yang dilihat mampu menyerlah dimasa hadapan. Begitu juga pemain perseorangan wanita negara juga kini dibarisi oleh pemain yang berjaya menjuarai kejohanan remaja dunia.
Bagi perseorangan lelaki, Iskandar Zainudin dilihat pemain badminton yang berpotensi mengikut jejak langkah Chong Wei. Namun begitu, perjalanan Iskandar dan BAM dalam melahirkan pemain yang seampuh Chong Wei masih terlalu jauh. Justeru, untuk menyandarkan harapan kepada Badminton untuk meraih pingat emas selepas era Chong Wei, pastinya bukan satu perkara yang relevan.
Potensi yang ditonjolkan oleh Azizulhasni Awang menerusi acara keirin pula sebenarnya masih belum cukup meyakinkan. Sebelum temasya olimpik bermula, pencapaian beliau dilihat agak turun naik dimana, beliau belum mampu menyerlahkan potensinya untuk menjuarai sesuatu kejohanan seperti yang dicatatkan pada tahun 2011 hingga 2014.
Walaupun keyakinan diluahkan oleh Azizul untuk meraih emas di Tokyo kelak, kesemuanya bergantung kepada Persatuan Berbasikal Malaysia untuk melahirkan lebih ramai jaguh pecut dan keirin dimasa akan datang. Azizul sebenarnya sudah mencapai satu tahap dimana para rakan pelatihnya masih jauh ketinggalan untuk memberikan cabaran dan sebagai rakan pelatih yang berkualiti.
Bagi acara terjun pula, negara harus bersyukur kerana menerusi sukan ini, bakat pelapis tidak pernah putus dilahirkan. Menj
adikan Pandelela sebagai pusat rujukan, atlet-atlet seperti Chong Jun Hong, Nur Dhabitah Sabri dan Amsyar pastinya mahu mengaut seberapa banyak pengalaman yang ada dari Pandelela untuk kejohanan yang akan datang.
Cuma apa yang dibimbangkan, tembok besar China sehingga kini masih gagal dirobohkan. Bayangkan, setiap disiplin acara ini, China sentiasa melahirkan atlet-atlet muda dimana setiap acara yag mereka sertai, bakat-bakat ini sentiasa menyerlah. Inilah cabaran yang dihadapi oleh atlet terjun negara dalam usaha mereka meraih sekurang-kurangnya 1 pingat emas di Tokyo kelak.
Malaysia mungkin boleh menghela nafas lega kerana akhirnya acara Karate bakal disenaraikan di Tokyo. Seperti sedia maklum, Malaysia merupakan antara kuasa utama Karate dimana ramai pihak menjangkakan, Karate mungkin menjadi acara pertama yang bakal menyumbang pingat emas negara.
Bagaimana pula dengan acara-acara lain? Tidak dinafikan, acara memanah juga mempunyai potensi untuk dijadikan sandaran buat negara. Begitu juga acara menembak dan mungkin ada beberapa acara yang lain. Namun, semua atlet yang menyertai acara-acara ini harus mempersiapkan mental mereka supaha lebih ampuh dan kekal bertahan.
Memanah contohnya mampu untuk dijadikan sandaran negara untuk meraih pingat berikutan atlet negara mempunyai potensi untu menyerlah. Namun, mental mereka masih belum mencapai standard dunia menjadi penghalan untuk mereka menyerlah. Alasan angin dan sebagainya hanyalah sekadar alasan untuk menutup kelemahan mental mereka ketika beraksi di pentas olimpik.
Pastinya, untuk mengatakan Malaysia mampu menyerlah di Tokyo kelak, merupakan satu pandangan yang terlalu jauh kehadapan. Semua atlet Malaysia hari ini mempunyai kira-kira 1,460 hari sahaja lagi untuk bersedia. Persediaan KBS dan MSN untuk mencari olimpian negara harus dimulakan hari ini bagi membolehkan Malaysia menyertai senarai pemenang pingat emas olimpik.
0 comments:
Post a Comment