Kegagalan himpunan #tangkap MO1 yang dianjurkan oleh kumpulan Mahasiswa di Dataran Merdeka, Sabtu lalu, nyata langsung tidak memberi pengajaran kepada ketua demo berkenaan, Anis Syafiqah. Dengan kehadiran tidak sampai 1,000 orang Sabtu lalu, ianya jelas jauh daripada sasaran awal yang menyasarkan kehadiran kira-kira 1,500 ke 2,000 orang pelajar.
Sebaliknya, demo berkenaan, jika tidak dicampur dengan aktivis politik, hanya kira-kira 50 orang pelajar IPT sahaja yang hadir dimana kesemua mereka adalah terdiri daripada pelajar Melayu. Bagi pelajar kaum lain, mereka lebih memikirkan masa depan dan pelajaran daripada mengikut demo yang jelas menggambarkan, kebodohan pelajar Melayu dalam mengurus masa depan mereka.
Dalam satu perkembangan, Anis memberitahu, kegagalan demo berkenaan tidak membuatkan pihaknya mengalah, sebaliknya, mereka menyasarkan untuk mengadakan roadtour di sepuluh lagi IPT termasuk di Sarawak dan Sabah. Dia dilaporkan berkata, roadtour berkenaan perlu untuk menerangkan duduk sebenar perkara yang melibatkan Malaysia Official 1, agar ianya diberiperhatian oleh pelajar-pelajar yang lain.
Menariknya, dia turut mendesak supaya pihak pengurusan kesemua universiti berkenaan membenarkan pihaknya untuk masuk dan menerangkan hal yang mereka perjuangkan. Namun begitu, andai tidak mendapat kebenaran dari universiti-universiti berkenaan, dia akur namun tidak akan mengalah semudah itu.
Andai gagal mendapat kebenaran dari pihak unversiti yang dirancang, dia akan cuba mendekati para pelajar berkenaan diluar kampus. Apa yang dia sasarkan adalah, kebangkitan pelajar universiti dalam usaha meneruskan perjuangan mereka menangkap individu yang dikaitkan dengan Malaysia Official 1 atau MO1.
Tidak dapat dipastikan, adakah Anis Syafiqah masih mempunyai mentaliti seorang pelajar ataupun tidak. Ini kerena, dia lebih berminat untuk menjadi penguatkuasa undang-undang bagi pihak Amerika dari meneruskan pembelajarannya. Mungkin pihak Universiti Malaya sudah boleh berkira-kira untuk membuang terus "parasit" ini dari terus bercambah biak di semua kampus UM.
Mungkin benar dakwaan sesetengah pihak bahawa maruah Anis Syafiqah kini sudah dibeli oleh pihak berkepentingan sehingga dia sudah gelap mata dengan limpahan wang berkenaan. Bagi dia, dia lebih rela untuk "ditunggangi" oleh sesiapa sahaja asalkan dia mampu bermewah dengan upah yang tidak seberapa.
Mata hati Anis juga sebenarnya sudah dibutakan untuk melihat nasib yang menimpa Khalid Ismath, Adam Adli, Fahmi Zainol dan ramai lagi aktivis yang termakan hasutan pembangkang untuk menjadi pendemo namun hari ini, nasib mereka tidak lagi dapat dipastikan.
0 comments:
Post a Comment