Jika kita menyentuh tentang prestasi semasa sukan bola sepak negara, tiada apa yang benar-benar menarik untuk diperkatakan. Sejak menjuarai piala AFF Suzuki buat kali pertama pada 2010, tiada lagi kejayaan yang dapat dipersembahkan buat negara. Jika ada sekalipun, pada tahun 2014 apabila Malaysia mara keperlawanan akhir sebelum ditundukkan oleh Thailand.
Di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan telah menggariskan 8 jenis sukan teras iaitu badminton, olahraga, skuasy, boling, akuatik, hoki, gimnastik dan bola sepak. Jika dinilai daripada pencapaian kesemua sukan teras ini, hanya bola sepak sahaja yang masih gagal untuk menyerlah di peringkat antarabangsa.

Lain pula ceritanya dengan bola sepak negara. Sejak dari 1980, kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Moscow (Malaysia memboikot temasya ini kerana membantah penjarahan Rusia keatas Afghanistan), prestasi skuad bola sepak Malaysia dilihat semakin hari semakin merudum. Dari menduduki ranking 70 dunia, kini kedudukan negara pada tangga 167 dunia.
Oleh yang demikian, adakah wajar sukan bola sepak masih diletakkan sebagai sukan teras setelah melihat prestasi skuad negara yang hari dijadikan "lauk" wajib untuk mana-mana skuad bola sepak Asia? Pastinya jawapannya adalah tidak.

Usah hanya bersandarkan kepada glamor semata-mata untuk terus kekal dalam kedudukan sukan teras. Sukan berbasikal contohnya, hari ini sudah mampu melahirkan jaguh peringkat dunia. Begitu juga dengan sukan karate, taekwando, memanah dan sebagainya.
Sewajarnya, Kementerian Belia dan Sukan menilai kembali kedudukan sukan bola sepak yang dilabelkan sebagai ssukan teras namun hasilnya terlalu sedih untuk dibicarakan. Tambahan pula karenah penuh ego barisan exconya, tiada lagi "keseronokan" untuk membicarakan pencapaian dan kemampuan skuad bola sepak negara untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
0 comments:
Post a Comment