Mudah untuk dilihat apabila Muhyiddin selaku Presiden dan Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi parti ini memilih menggunakan nama Pribumi dalam parti mereka dan sekaligus menampakkan bahawa mereka sememangnya sukar untuk menerima kemasukan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia hari ini.
Mengulas mengenai hal ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, apa yang cuba dilakukan oleh Pribumi ini sebenarnya menampakkan sisi rasis parti baru ini di Malaysia. Tegasnya, atas sifat dendam dan marah, mereka sanggup menjadikan nama Pribumi sebagai modal untuk mereka menarik ahli baru dikalangan bumiputera.

Tegas beliau lagi, walaupun UMNO tidak menerima sebarang keahlian dari mereka yang bukan Melayu atau bumiputera, namun, didalam Barisan Nasional, persefahaman yang terjalin antara MCA dan Gerakan telah menjadikan BN sebagai wadah perjuangan dan mampu untuk bersatu dalam suasana aman dan harmoni.
Tidak seperti Pribumi yang menyasarkan hanya satu kaum dan ianya kelihatan menolak penyertaan kaum lain dalam urus tadbir negara. Ia jelas membimbangkan MCA dimana hak kaum lain di Malaysia tidak harus begitu mudah untuk diketepikan hanya berpaksikan kemarahan dan dendam individu semata-mata.
0 comments:
Post a Comment