My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 August 2016

    Abang Ipar Didakwa Bunuh Edrus


    Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh Noor Amila Edrus Norsham, 5, yang mayatnya ditemui dalam gaung di Kampung Kemensah, Hulu Kelang dua minggu lalu.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Norhamid Nor Muhamad, 26, etnik Rohingya yang mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

    Norhamid yang juga abang ipar kepada Edrus didakwa membunuh kanak-kanak itu di dalam bengkel kereta tidak bernombor di Blok C, Lorong 5/16C, Kawasan Perumahan Awam, Jinjang Utara, Sentul di sini pukul 5.30 pagi 12 Ogos lalu.

    Bagi kesalahan itu, Norhamid didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Abang Ipar Didakwa Bunuh Edrus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top