My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 August 2016

    Mercedes Keluarkan Kereta Sport Elektrik


    Syarikat pengeluar kereta mewah, Mercedes-Benz bakal mengeluarkan kereta sport elektrik yang besar seakan-akan bot laju serta boleh dicaj lebih pantas daripada mengecaj telefon bimbit. Kereta Vision Mercedes-Maybach 6 dengan panjang enam meter iaitu bersamaan panjang sebuah bot laju itu boleh bergerak sejauh 320 kilometer (km) bagi sekali caj dengan 750 kuasa kuda. 

    “Ini adalah sebuah kereta yang kamu mahu pandu,” kata ketua pereka kenderaan syarikat Daimler AG, Gorden Wagener di California baru-baru ini.

    Kereta tersebut mampu mencapai kelajuan 97km sejam dalam masa kurang empat saat dan boleh mengecas tenaga bagi 100km perjalanan dalam masa lima minit iaitu purata masa mengecas telefon. 

    Cermin hadapan kenderaan itu mempunyai paparan lut sinar yang menyala bagi menunjukkan data berkaitan pemanduan selain pintu dan papan pemuka yang diperbuat daripada kemasan kayu tradisional. Menurut perekanya, bahagian belakang kereta yang bulat seakan-akan ekor bot itu diinspirasikan oleh kapal layar mewah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mercedes Keluarkan Kereta Sport Elektrik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top