My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 19 August 2016

    Beruntungnya Atlet Malaysia...



    Dikalangan negara Asia Tenggara, Malaysia disifatkan sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan semakin menghampiri status negara maju. Pelbagai pencapaian yang telah dicapai negara sejak akhir-akhir ini samada dari bidang ekonomi mahupun dalam bidang sukan.

    Jika dahulu, harapan tunggal Malaysia dalam penyertaan temasya sukan besar dunia lebih kepada acara badminton, hari ini, Malaysia sudah boleh berbangga dengan kemunculan wira dari acara terjun, memanah mahupun berbasikal. Ditambah pula dengan kelengkapan yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara yang mahu memastikan kecemerlangan atlet kita di mata dunia.

    Namun begitu, berapa ramai yang sedar, banyak negara didunia hari ini tidak dapat menyediakan peralatan mahupun prasarana hebat bertaraf dunia untuk atletnya? Menariknya, negara-negara ini mampu menyerlah di peringkat dunia dan ada diantaranya berjaya memungut pingat emas untuk negara masing-masing buat pertama kalinya?

    Sebagai contoh, Vietnam yang buat pertama kalinya berjaya meraih emas buat pertama kalinya dibumi Rio. Atlet menembak 10 meter air pistol Vietnam, Hoang Xuan Vinh menjadi atlet pertama negara berkenaan meraih pingat emas sebelum meraih perak menerusi acara 50 meter air pistol.

    Namun disebalik kegemilangan yang dicipta oleh Xuan Vinh, ramai yang tidak menyedari bahawa atlet negara berkenaan tidak pernah dibekalkan dengan peralatan sukan yang mencukupi bagi membantu mereka menyiapkan diri bagi menghadapi temasya olimpik. Malah, ada diantara bahan latihan, turut berada dalam keadaan menyedihkan.

    Hal ini didedahkan sendiri oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phu yang turut mendedahkan, delegasi Vietnam ke Rio turut berhadapan dengan kesukaran mendapatkan bekalan makanan. Sambil mengakui, sedih dengan perkara berkenaan, beliau menyanjung tinggi kesetiaan atlet negara berkenaan bejuang mengharumkan nama negara walaupun ada ketikanya berada dalam keadaan kelaparan.

    Menurut beliau, beliau bersyukur kerana semua atlet ini langsung tidak merungut tentang kekurangan yang ditanggung mereka. Ujarnya lagi, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengitar semula bahan latihan mereka hanya untuk memastikan nama negara mereka dijulang di temasya sukan terbesar didunia ini.

    Malah, jurulatih Xuan Vinh turut mengakui kesukaran pasukan menembak negara berkenaan untuk mendapatkan peluru bagi sesi latihan atletnya. Beliau menyifatkan keadaan berkenaan sebagai normal dan pihaknya sentiasa memahami keadaan yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Untuk mengatasi masalah ini, mereka akan mengitar semula peluru yang ada sebelum bekalan peluru sampai untuk pasukannya.

    Ujar Nguyen Thi Nhung,  keadaan ini mampu menyedarkan atlet Vietnam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memmbanggakan rakyat Vietnam serta kerajaan. Tegasnya lagi, ia setidak-tidaknya mengajar atlet negara berkenaan untuk fokus dan memberikan yang terbaik disebalik segala kekurangan yang mereka miliki.

    Adakah atlet negara mempunyai semangat yang sama? Tidak dinafikan, ada diantara mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk negara. Namun ada segelintir lagi lebih mengutamakan wang poket serta kelengkapan mereka dari memikirkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mata dunia. Renungkan perbezaan nasib antara atlet Malaysia dan jirannya, Vietnam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Beruntungnya Atlet Malaysia... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top