Isu yang membabitkan pengusaha teksi dan penyedia perkhidmatan grab dan uber sudah berlarutan sejak sekian lama. Pertikaian antara dua perkhidmatan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai pihak terheret sama. Lebih menyedihkan, ada penyedia perkhidmatan teksi sanggup melakukan ugutan samada dari segi politik mahupun pelbagai cara lain bagi menarik perhatian pihak berwajib.
Tidak kurang juga, ada pihak yang cuba menekan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD) supaya campur tangan dan menyebelahi pihak pengusaha teksi. Alasan mereka adalah, penyedia uber dan grab car ini bukan melambangkan mej pengangkutan awam negara. Sebaliknya, merekalah yang menjadi "duta kecil" negara pada pelancong luar.

Sebenarnya, jika pertikaian sebegini berlarutan, tiada siapa yang akan untung. Benar, SPAD adalah sebuah agensi yang mengawal selia semua perkhidmatan awam darat di Malaysia. Namun, jika tekanan dibuat keatas SPAD, ianya bukan jalan penyelesaian yang terbaik.
Sepatutnya, ada wakil dari kedua-dua pihak yang bertelagah ini duduk semeja dengan pihak SPAD bagi mendapat keputusan yang wajar untuk dilaksanakan oleh SPAD. Pihak SPAD sebenarnya hanya mahu memastikan mutu perkhidmatan awam yang disediakan dinegara ini berada dalam keadaan yang cukup baik.

Menunding jari kepada mana-mana pihak tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Malah cara ugutan yang dilemparkan oleh beberapa pihak juga bukan jalan penyelesaian yang terbaik. SPAD tidak pernah menindas atau menidakkan keupayaan penyedia pekhidmatan teksi di negara ini. Apa yang dimahukan oleh SPAD adalah keberkesanan dan keselesaan pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
0 comments:
Post a Comment