Seperti yang diviralkan sejak semalam, kerajaan PKR Selangor sebulat suara telah bersetuju untuk memansuhkan diskaun sebanyak 10 peratus terhadap pembeli premis perniagaan dan pangsapuri perniagaan kepada Bumiputera. Langkah ini dipercayai sebagai salah satu jalan untuk menyeragamkan pemilikan hartanah di negeri Selangor.
Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor juga sejak beberapa tahun lalu, telah mengenakan caj pembangunan sebanyak 30% kepada pemaju perumahan. Sejak itu, harga rumah di Selangor terus semakin naik sehinggakan tidak semua kaum Bumiputera terutamanya kaum Melayu mampu untuk memiliki atau membeli hartanah di Selangor.
Timbul satu persoalan, apa reaksi PAS dan Pribumi tentang hal ini kerana memandangkan PAS merupakan Exco kerajaan negeri yang sedikit sebanyak dijadikan sandaran bagi orang Melayu memperjuangkan hak mereka di dalam kerajaan negeri. Bagaimana pula reaksi Pribumi yang kononnya mengwar-warkan, merekalah pejuang orang Melayu tulen?
Tidak seperti kerajaan yang lain, diskaun Bumiputera berkenaan sememangnya hak milik kekal kaum Melayu di negara ini. Alasan utamanya adalah, kaum Melayu dan bumiputera merupakan penduduk majoriti di negara ini. Justeru, apa rasionalnya diskaun ini dimansuhkan?
Secara sinisnya, kerajaan Pakatan Harapan di Selangor menunjukkan kepada orang Melayu dan bumiputera di Selangor bahawa mereka kini perlu bersaing dengan kaum lain andai mahu memiliki hartanah di Selangor.
Namun, jika direnung sedalam-dalamnya, ianya merupakan salah satu langkah kerajaan Pakatan Harapan dalam usaha mereka menjadikan kesaksamaan kaum adalah agenda utama mereka. Malah, tidak keterlaluan andai kita mengatakan bahawa, mereka mahu menghapuskan terus Ketuanan Melayu di Selangor, seperti yang diperjuangkan DAP sejak sekian lama.
Di Selangor hari ini, orang Melayu di Selangor begitu sibuk membicarakan hal 1MDB, derma RM 2.6 bilion wang siapa dan kenapa Rosmah begitu dan begini. Mereka tidak lagi memperdulikan, hak milik hartanah mereka yang semakin mengecil, rumah mampu milik kini sudah bertukar menjadi rumah mampu lihat, setinggan dan banyak lagi.
Bagi mereka, isu-isu yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan jauh lebih besar berbanding berjuang untuk diri sendiri serta pemilikan harta sendiri. Jadi, tidak hairanlah andai Pakatan Harapan di Selangor hari ini, sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja asalkan ianya dipersetujui dan menyenangkan hati DAP, parti tunggak di Selangor.
Tidak keterlaluan andai mengatakan, di Selangor hari ini, hanya Menteri Besar dan Barisan Exconya sahaja yang masih tinggal Melayu. Namun dari segi pentadbiran dan urus tadbir, kesemuanya kini dilakukan oleh DAP disebalik tabir.
0 comments:
Post a Comment