My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 August 2016

    Sah Diculik

    DITINGGALKAN: Kereta yang digunakan suspek menjemput mangsa dijumpai ditinggalkan di kawasan lapang di  Jalan Miri-Bypass, malam kelmarin.

    Polis Miri mengesahkan murid perempuan Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan (SK) Miri yang dilaporkan hilang sejak kelmarin telah diculik oleh seorang individu dipercayai abang iparnya sendiri.

    Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata, sekitar jam 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa telah dijemput oleh seorang lelaki dipercayai abang iparnya dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran QMUxxx. “Selepas itu, mangsa dan abang iparnya terus tidak pulang ke rumah sehingga petang semalam (kelmarin) dan keadan tersebut telah menimbulkan kebimbangan kepada keluarganya.

    “Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh abang mangsa yang berusia 26 tahun petang semalam (kelmarin),” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan petang semalam. 

    Sehubungan itu, Junaidi merayu kepada orang awam yang mengenali atau mengetahui di mana abang ipar mangsa yang dikenali sebagai Julian Sabong, 36, berada agar menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Chalat Cinda En Nem melalui talian 017-9825150 atau Bilik Gerakan IPD Miri (085-433400/433730).

    Sementara itu, katanya, siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurung dengan sulit dan salah.

    Terdahulu pagi semalam, Junaidi menafikan yang mangsa diculik sebaliknya dibawa pulang oleh ahli keluarga sendiri yang merupakan abang iparnya. Ini kerana, katanya, mangsa amat mengenali individu yang menjemputnya sebagai suami kepada kakaknya sendiri serta tinggal serumah dengan keluarga mereka.

    Selain itu, katanya, individu melarikan mangsa juga tidak ada meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa. Sehubungan itu, menurut Junaidi, pihaknya menyiasat motif penculikan tersebut dan terus menyoal siasat ahli keluarga mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut yang boleh membantu dalam menyelesaikan kes ini.

    “Kita juga sedang berusaha mencari di segenap kawasan dan berharap mangsa dapat ditemui dengan selamat hari ini (semalam). Polis percaya mangsa masih bersama suspek dan tidak mungkin suspek dapat membawa mangsa lari jauh dalam keadaan mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya sambil mengesahkan sehingga jam 7 malam tadi, mangsa masih belum ditemui. 

    Manakala, kereta jenis Perodua Viva berwarna putih yang digunakan suspek telah dijumpai ditinggalkan di kawasan lapang di Jalan Miri-Bypass di sini sekitar jam 10.20 malam kelmarin. Menurut Junaidi, kereta terbabit didaftarkan atas nama kakak suspek yang bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur.

    Difahamkan, mangsa Derrona Joylyn Joseph, 11, merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Manakala, suspek yang merupakan seorang penganggur telah berkahwin dengan kakak mangsa serta mempunyai dua orang anak.

    Sebelum kejadian, mangsa sedang menunggu untuk dijemput oleh sepupu perempuannya, namun sebelum sepupunya tiba, mangsa dilihat pulang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sah Diculik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top