Tarikh keramat 31 Ogos 2016 hanya tinggal beberapa hri lagi akan tiba. Di seluruh Malaysia, semua persiapan sedang diatur dengan teliti supaya hari bersejarah berkenaan disambut dengan meriah tetapi sederhana. Malah, Dataran Merdeka sudah ditutup kapada orang ramai supaya persiapan menyambut hari ini tidak terganggu dengan anasir-anasir buruk yang boleh menggaggu persiapan.
Ketika semua kerajaan negeri sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut hari kebangsaan kali ke 59 ini, kerajaan negeri Pulau Pinang dikhabarkan tidak begitu serius untuk menyambutnya. Diberitakan, pengedaran Jalur Gemilang juga tidak dilakukan dengan menyeluruh. Malah bangunan-bangunan di sekitar bandar juga kurang dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Apa sudah jadi? Sebenarnya, tidak apa yang mengejutkan andai kerajaan negeri Pulau Pinang kurang prihatin terhadap sambutan Hari Kebangsaan ini. Manakan tidak, sejak sekian lama, mereka sendiri menganggap Jalur Gemilang itu seolah-olah lambang kepada penguasaan Barisan Nasional terhadap negara.
Malah, kebanyakan institusi tajaan DAP sendiri seolah-olah menyemai perasaan tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia selagi kerajaan BN mentadbir negara. Lihat sahaja contoh status yang dilampirkan bersama-sama artikel ini. Kesemua mereka adalah orang kuat DAP dimana parti ini sedang mentadbir negeri Pulau Pinang.

Jangan terlalu mudah mengaitkan segala perkara dengan politik. Hari Kebangsaan merupakan hari yang sepatutnya diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Pada hari inilah kita dapat menunjukkan betapa kita sayangkan negara dengan mengenepikan segala permasalahan dan salah faham demi sebuah negara yang kita cintai.
0 comments:
Post a Comment