My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 3 April 2016

    Bantah GST, Yang Bodohnya Melayu, Yang Untungnya Cina



    Himpunan Bantah GST yang berlangsung semalam menjadi satu lagi saksi, kaum Melayu pembangkang dan PakaTUN, sememangnya sentiasa mudah diperbodohkan oleh kaum Cina DAP terutamanya. Manakan tidak, majoriti pesertanya adalah terdiri dari kaum Melayu dan hanya segelintir sahaja kaum Cina yang mengikuti demo berkenaan.

    Cuti hujung minggu terutamanya hari Sabtu, kebanyakan masanya diisi bersama keluarga. Malah, bagi kaum Cina, mereka lebih senang untuk berlibur di kompleks membeli belah terkemuka di Lembah Klang seperti IOI Putraja, IOI Puchong, KLCC, NU Sentral, Berjaya Times Square, Mid Valley dan sebagainya.

    Semua kompleks membeli belah ini turut mengenakan cukai sebanyak 6 peratus terhadap barangan jualan mereka. Namun bagi kaum Cina yang dikenali sebagai pemegang kuasa ekonomi di negara ini, ianya tidak menjadi halangan untuk mereka untuk mengeluarkan wang mereka bagi membeli apa yang mereka hajati.

    Berlainan dengan kaum Melayu yang menyertai demo berkenaan. Kehadiran kira-kira 1,000 orang peserta dimana 97 peratusnya adalah dari kaum Melayu. Dalam perhimpunan berkenaan, mereka mendakwa GST telah memiskinkan rakyat Malaysia dimana GST dikenakan secara kejam.

    Jika memiskin dan dilaksanakan dengan cara kejam, adakah kaum Cina di semua pusat membeli belah ini bukan rakyat Malaysia yang turut dikenakan cas GST? Adakah, hanya 1,000 orang ini sahaja yang terpaksa membayar GST sedangkan lebih 27 juta rakyat Malaysia yang lain tidak?

    Ini sahajalah kemampuan kaum Melayu. Mereka yang menyertai perhimpunan semalam jelas memperjuangkan duit poket kaum Cina disebalik laungan retorik bantah GST, mendesak Datuk Seri Mohd Najib berundur dan sebagainya. Kaum Cina, pada waktu demo berkenaan diadakan, sedang sibuk berlibur desemua pusat membeli belah di seluruh Lembah Klang.

    Mereka tidak perlu berpanas dan turun berdemo hanya semata-mata membantah GST. Tugas mereka sebenarnya telah diambil alih oleh kaum Melayu yang sibuk berdemo walaupun suhu yang dicatatkan tengah hari tadi adalah sekitar 37.5 darjah selsius. Inilah hakikat sebenar apa yang berlaku disebalik demo berkenaan.

    Sehingga bila kaum Melayu ini harus terus dibodohkan oleh pemimpin Pakatan Harapan terutamanya DAP selaku peneraju utama? Kaum lain sedang bergembira menikmati penyaman udara didalam pusat membeli belah, kaum Melayu pula bergembia mengadakan demo yang langsung tidak mendatangkan faedah di bawah terik matahari. Sekarang siapa yang bijak?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bantah GST, Yang Bodohnya Melayu, Yang Untungnya Cina Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top