My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 1 April 2016

    Manusia Hobbit Rupanya Memang Wujud Di Dunia



    Satu kajian mendapati spesies manusia kenit yang digelar Hobbit te­lah pupus lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini. Penyelidik kelmarin berkata, pengiraan semula usia tulang spesies yang dinamakan sebagai Homo floresiensis dan ditemui di dalam sebuah gua di Flores itu dijangka pupus kira-kira 500,000 tahun lalu berbanding 12,000 tahun se­perti jangkaan sebelum ini. 

    Penemuan Hobbit pada 2003 mewujudkan sensasi saintifik. Homo floresiensis mempunyai ketinggian cuma 106 sentimeter, bertubuh kecil, mempunyai saiz otak cimpanzi, menggunakan peralatan daripada batu dan mungkin memburu gajah pigmi.

    Menurut penyelidik, tiada bukti langsung yang menunjukkan manusia Hobbit bertemu manusia moden, namun dinyatakan bahawa spesies manusia kini telah mendiami pulau-pulau lain di rantau itu sekitar waktu tersebut dan telah tiba di Australia kira-kira 50,000 tahun lalu.

    Ahli kronologi geografi, Bert Roberts daripada Universiti Wollongong, Australia berkata, kajian tidak menolak kemungkinan manusia moden memainkan peranan kepada kepupusan manusia Hobbit dan isu itu akan menjadi fokus utama penyelidikan seterusnya.

    “Bagi saya, persoalannya ialah adakah Hobbit akan pupus jika manusia tidak pernah menjejaki Pulau Flores? dan jawapannya adalah tidak.

    “Kami percaya ada faktor penentu dalam kematian mereka, namun kami masih perlu mencari bukti kukuh untuk menyokong dakwaan ini,” kata Roberts.

    Banyak haiwan telah pupus di Pulau Flores pada masa itu, kata ahli antropologi paleo, Matt Tocheri daripada Universiti Lakehead, Kanada termasuk gajah kecil, burung botak marabou gergasi, burung hering dan cicak naga Komodo gergasi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Manusia Hobbit Rupanya Memang Wujud Di Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top