Seperti sedia maklum, McDonald’s adalah sebuah rangkain restoran makanan segera yang menawarkan menu berasaskan burger seumpamanya di dunia. Pemasaran burger secara komersial ini nyata menjadi tunjang perniagaan McDonald’s sejak sekian lama.
Di Malaysia, menu burger McChiken adalah menu paling popular sejak ianya diperkenalkan pada 1982. Ironinya, McChicken adalah diantara menu terawal yang dipasarkan oleh McDonald’s sejak restoran McDonald’s yang pertama dibuka di Malaysia.
Hari ini, rangkaian restoran McDonald’s Malaysia telah menjual kira-kira 65,000 buji burger McChicken setiap hari, hanya untuk pasaran di seluruh Malaysia.
Memandangkan burger McChicken mendapat sambutan hangat di seluruh Malaysia walaupun ianya sudah dipasarkan sejak hampir 34 tahun yang lalu, baru-baru ini McDonald’s Malaysia telah menjenamakan semula kesemua hidangan mereka dengan nama yang lebih catchy dan senang diingati oleh pelanggan mereka.
Dengan menggabungkan dua lagi menu kegemaran pelanggan McDonald’s, Spicy Chicken McDeluxe dan Grilled Chicken Burger (GCB), penjenamaan semula menerusi nama yang lebih catchy dilihat sebagai satu langkah berani McDonald’s dalam memastikan jualan burger mereka sentiasa mudah diingati dengan tidak mengabaikan rasa dan kenikmatan makanan terbabit.
Si Putih “#Yang Klasik!”
Apabila menyebut tentang klasik, pastinya kita mengaitkan dengan sesuatu yang telah lama berada disisi kita. Pastinya, didalam McDonald’s, burger McChicken diberi jolokan yang klasik kerana melambangkan jenama McDonald’s itu sendiri.
Seperti yang dinyatakan diatas, burger McChicken merupakan antara menu yang paling awal diperkenalkan dan menariknya, sehingga hari ini menjadi pilihan nombor 1 pelanggan di Malaysia. Dilengkapi dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut dan hirisan sayur kobis dan salad, pastinya burger McChicken sentiasa menjadi kekal menjadi pilihan pelanggan.
Si Merah “Yang Hangat!”
Mula dipasarkan sekitar 20 tahun yang lalu, burger Spicy Chicken Max Deluxe juga merupakan antara pilihan utama pelanggan yang inginkan kelainan dari segi rasa dan keenakan makanan berkenaan. Dihiasi dengan rasa ayam yang pedas dan rangup dengan hirisan sayur kobis dan salad, pastinya hidangan ini sentiasa membuka selera.
Si Hitam “Yang Gempak!”
Pada awal penjualannya, ramai yang membandingkan hidangan ini dengan burger McChicken yang sudah bertapak kukuh dipasaran. Itu semua cerita lima tahun yang lalu dan hari ini, Grilled Chicken Burger menjadi antara menu yang sentiasa mendapat sambutan dikalangan pelanggan McDonald’s.
Dengan menggunakan nama singkatan GCB, peminat GCB pastinya akan lebih mengiingati nama Yang Gempak dan akan sentiasa kekal menjadi hidangan tetap di McDonald’s. Keunikan rasa ayam panggang dengan ditambah dengan sos lada hitam yang pekat serta salad segar, sememangnya ia kekal menjadi igauan kepada penggemarnya.
Inilah tiga nama baharu yang diperkenalkan oleh McDonald’s dalam terus “meremajakan” jenamanya dipasaran tempatan. Apa yang dilakukan oleh McDonald’s ini merupakan antara perkara yang biasa dilakukan oleh mana-mana pemain industry makanan di Malaysia.
Pastinya, McDonald’s kekal terus mengharapkan sokongan dari rakyat Malaysia dalam memastikan, penjenamaan semula kesemua hidangan kegemaran rakyat Malaysia ini kekal menjadi saat terindah pelanggan McDonald’s semasa mereka menikmati hidangan lazat dari Si Putih #Yang Gempak, Si Merah #Yang Hangat dan si Hitam #Yang Gempak.
0 comments:
Post a Comment