My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 17 April 2016

    Sumbangan Kebajikan Yang Dilakukan Oleh McDonald’s



    Adalah sesuatu yang menjadi kebiasaaan bagi sesebuah syarikat besar seperti McDonald’s memberikan khidmat kemasyarakatan mereka kepada mereka yang memerlukan. Sejak lebih 40 tahun yang lalu McDonald’s teah melakukan khidmat kemasyarakatan mereka bagi membantu mereka yang memerlukan dan kurang kemampuan.

    Semuanya bermula apabila seorang pemain bolasepak Amerika mempunyai seorang anak yang menghidap leukemia. Boleh dikatakan, kedua ibu bapa kanak-kanak ini bergilir-gilir menjaga anak mereka di wad selama berbulan-bulan lamanya dengan rutin kehidupan yang tidak teratur. Pada masa yang sama, mereka terpaksa mengekalkan sikap positif dihadapan anak mereka.

    Bertindak daripada masalah yang dia hadapi, pasukan yang dia wakili telah berjaya mengumpulkan USD $100 ribu bagi membantu pihak hospital. Walaupun bantuan berkenaan amat dialu-alukan, namun pihak hospital masih menuntut bantuan tambahan bagi membina rumah perantaraan untuk kegunaan ibu bapa pesakit kana-kanak yang dirawat.

    Permintaan ini telah disambut oleh seorang pengurus restoran McDonald’s yang mencadangkan agar hasil jualan salah satu produk McDonald’s disalurkan kepada pembinaan rumah berkenaan. Hasilnya, pada 15 Oktober 1974, Ronald McDonald’s House (RMH) yang pertama dibina di Philadelphia, Amerika Syarikat.

    Hari ini, setelah lebih 40 tahun berlalu, RMH ini telah berkembang keseluruh dunia dengan penubuhan cawangan-cawangan baru di lebih 50 buah negara. Di Malaysia pula, RMH atau Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Ronald McDonald’s telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 15 Februari 1990.

    Sejak ianya ditubuhkan, McDonald’s Malaysia telah membantu RMHC melalui beberapa cara iaitu :

    ·       * Membiayai sepenuhnya kos pengurusan dan pentadbiran RMHC Malaysia. Ini membolehkan keseluruhan dana yang dikumpul disalurkan kepada kanak-kanak yang memerlukan
    ·       * Menempatkan tabung derma RMHC di semua rangkaian restoran McDonald’s di seluruh negara. Ia memudahkan para pelanggan McDonald’s menderma untuk tujuan kebajikan
    ·       * Menganjurkan program kutipan dana untuk disalurkan kepada RMHC Malaysia. Ini membantu meningkatkan dana bagi RMHC menjalankan program-programnya menerusi sumbangan yang diterima daripada syarikat-syarikat korporat serta orang ramai.
    ·       * Kakitangan McDonald’s Malaysia turut menjadi sukarelawan bagi membantu menjayakan program-program yang dianjurkan oleh RMHC Malaysia.

    Pastinya ramai yang tertanya-tanya, dimanakah RMHC Malaysia ditempatkan. RMHC Malaysia ditempat dan dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang disiapkan pada tahun 1999. Paling menarik, ia merupakan rumah pertama seumpamanya di rantau ASEAN pada waktu berkenaan.
     
    Untuk RMHC Malaysia, rumah ini merupakan kediaman berkelengkapan penuh dengan menampilkan 19 buah bilik tidur, sebuah ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik computer, bilik permainan dan lain-lain kemudahan. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM 5 sehari.

    Untuk rekod, sehingga hari ini, lebih 600 buah keluarga telah atau pernah menginap di RMHC Malaysia yang telah menyumbang kepada RM 4.5 juta bagi menampung program ini.


    Jika pihak anda memerlukan bantuan dan pusat penginapan bagi memudahkan anda mengurus rawatan anak-anak anda, sila hubungi 03-91735994 atau boleh datang sendiri ke pejabat RMHC di Ronald McDonald’s House (RMH-PPUKM), Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sumbangan Kebajikan Yang Dilakukan Oleh McDonald’s Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top