Perhimpunan ini sebenarnya telah diwar-warkan sebulan sebelum ianya bakal di anjurkan dengan melibatkan beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Malah, Isnin lalu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, mengajak semua para penyokong pembangkang membanjiri jalan raya di sekitar Dataran Merdeka untuk menjayakan perhimpunan ini.
Dikhabarkan, selain daripada para pemimpin Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan lain-lain pemimpin, akan turut serta dalam perhimpunan ini. Malah, banner mengenai perhimpunan ini juga sudah dipasang disekitar Lembah Klang bagi memberitahu tentang demo ini. Hebatkan?
Inilah kuasa propaganda yang cuba dihasilkan oleh Mat Sabu dan para pemimpin Pakatan Harapan yang lain. Hakikat sebenarnya, sudah beberapa kali perhimpunan yang dianjurkan, dipandang sinis dan kurang mendapat sambutan. Sebagai contoh, lihat sahaja perhimpunan Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Padang MPAJ, Isnin lalu.
Sebelum ini, setiap kali perhimpunan, pastinya akan dibanjiri setidak-tidaknya 5,000 orang peserta. Lihat sahaja demo bantah GST tahun lalu dimana ianya berjaya menarik kira-kira hampir 6,000 orang peserta. Kenapa kini ianya dipandang sepi dan kurang mendapat sambutan?
Salah satu faktor mengapa demo seumpama ini kurang mendapat sambutan adalah kerana, PAS sendiri sudah mengasingkan diri mereka dari menyertai demo-demo seumpama ini. Para pemimpin PAS jelas tegas dalam hal ini dengan melarang ahlinya untuk menyertai sebarang demo yang dianjurkan oleh mana-mana NGO dan parti politik yang menyertai Pakatan Harapan.
Jika sebelum ini, pastinya ada perarakan dari Ibu Pejabat PAS di Jalan Tuanku Abdul Rahman, namun kini, semuanya sudah tiada lagi. Penganjur sebarang perhimpunan kini terpaksa mengalih tumpuan mereka kepada sentimen ketaksuban para penyokong Tun Dr Mahathir bagi menarik peserta kedalam demo yang mereka anjurkan.
Namun, apa yang dapat disaksikan, penganjuran sebarang majlis dan demo, tidak lagi sehebat seperti dahulu. Baik PAN, PKR mahupun DAP, impak demo yang mereka anjurkan, tidak lagi mampu menjadi satu medan untuk mereka menunjukkan kekuatan.
Jadi, adalah tidak mustahil, demo pada kali ini hanya bergantung sepenuhnya kepada pengaruh yang ada pada Tun Dr Mahathir. Paling utama, rakyat di negara ini kian menolak sebarang demo ujalanan seumpama ini untuk menyuarakan suara mereka. Walaupun masih ada yang kurang berpuas hati, namun pendirian rakyat Malaysia semakin hari semakin bijak menilai antara baik dan buruk.
0 comments:
Post a Comment