My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 1 April 2016

    Usah Mengaitkan Penentangan Mahathir Dengan Tunku Abdul Rahman



    Kebelakangan ini, para pentaksub Tun M nampaknya cuba mengaitkan penentangan yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman terhadap Tun Dr Mahathir semasa diawal pentadbiran Tun M didalam kerajaan dahulu. 

    Masing-masing mengemukakan andaian bahawa Tun M kini hanya mengikuti jejak langkah Tunku dalam penentanganya terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Namun berapa ramai yang sedar, apa yang dilakukan oleh Tun M ini sama sekali berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Tunku dahulu?

    Mengambil beberapa contoh, penetangan Tunku terhadap Tun M dahulu dilakukan dengan penuh demokrasi. Tunku pernah menyatakan bahawa, andai ada gerakan mahu menjatuhkan Tun M, ia harus dilakukan semasa Persidangan Agung UMNO dan Pilihan Raya Umum.

    Malah Tunku dahulu tidak pernah menganjurkan apa-apa perarakan mahupun perhimpunan serta roadshow keseluruh negara hanya semata-mata mahu menjatuhkan Tun M. Tunku juga lebih bersikap gentleman apabila hanya menyerang Tun M atas kapasiti orang politik. Langsung tiada sebarang pengarahan untuk menghasut supaya membenci kerajaan.

    Tunku juga dilihat mahu mengubah keadaan yang diwujudkan oleh Tun M seperti kadar inflasi dan penganguran yang cukup tinggi. Paling utama, penentangan Tunku tidak mengheret ahli UMNO untuk mewujudkan kem A mahupun kem B. Malah, Tunku juga langsung tidak mahu melantik anak-anak beliau untuk diambil kedalam kabinet Tun M.

    Jadi dimana asasnya dakwaan yang mengatakan, apa yang Tun M lakukan kini adalah sama seperti apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dahulu? Tun M hari ini lebih kepada mahu memastikan legasinya seperti Datuk Seri Mukhriz diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

    Malah, Tun M tanpa segan silu menuduh dan memfitnah Perdana Menteri secara umum, sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Tunku. Oleh yang demikian, cukuplah menyebarkan dakyah konon apa yang dilakukan oleh Tun M cukup suci dan penuh kebenaran.

    Tun M sendiri banyak kali mengakui bahawa apa yang dilakukannya kini hanya bertujuan memudahkan Mukhriz mendaki satu persatu anak tangga untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang ke 7. Malah gerakan menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib juga dilakukan bukan atas kapasiti sayangkan UMNO sebaliknya lebih kepada kepentingan peribadi beliau sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Usah Mengaitkan Penentangan Mahathir Dengan Tunku Abdul Rahman Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top