My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 4 April 2016

    Dari KETUM Kepada KETAM



    Perkembangan didalam politik Pembangkang di negara ini sebenarnya cukup unik. Manakan tidak, baik PKR mahupun DAP, kedua-dua parti ini lebih senang menurunkan kuasa daripada ayah kepada anak atau daripada suami kepada isteri. Seolah-olah ahli lain langsung tidak boleh dipercayai menerajui parti mereka.

    Dalam hal ini, Tun Dr Mahathir juga tidak terkecuali apabila lebih berminat meletakkan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Jadi tidak hairanlah, serangan demi serangan dilancarkan oleh Tun M hanya untuk melemahkan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib.

    Menariknya, sebaik sahaja Tun M bertindak meninggalkan UMNO dan bertindak melancarkan kempen Selamatkan Malaysia menerusi Deklarasi Rakyat, beliau sedikit demi sedikit mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seperti sedia maklum, Datuk Seri Anwar adalah Ketua Umum (KETUM) bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Kehadiran Tun M dalam setiap program dan demo yang dianjurkan pembangkang hari ini memperlihatkan beliau sudah bersedia untuk mengambil alih kedudukan Keluarga Anwar dalam menerajui sebarang demo menentang kerajaan.

    Lebih mengharukan, bukan lagi kelibat Nurul Izzah mahupun Wan Azizah yang dinanti para penyokong pembangkang, tetapi kelibat Tun M yang sentiasa diletakkan sebagai kemuncak pada setiap acara. Pastinya ia mencerminkan bahawa pengaruh Tun M kini sedikit demi sedikit memakan dari dalam PKR dan juga PAN.

    Jadi tidak hairanlah andai memperlihatkan bagaimana Tun M secara perlahan-lahan melenyapkan pengaruh Anwar didalam PKR. Tun M sendiri dilihat seumpama KETAM yang tidak tetap pendirian. Jika dahulu beliau menentang sebarang perhimpunan namun kini, beliau lebih menggalakkan perhimpunan haram seperti Bantah GST dan sebagainya.

    Oleh yang demikian, sesuailah andai kita melihat peralihan kuasa ini seumpama dari seorang KETUM kepada seorang KETAM didalam politik pembangkang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dari KETUM Kepada KETAM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top