Penganjuran demo Bantah GST yang berlangsung petang semalam menampakkan rakyat di negara ini semakin matang dalam melihat penganjuran demo yang dilakukan. Tidak seperti bebera tahun yang lalu, penganjuran dmeo pada kali ini terlalu hambar dan langsung tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan oleh pihak menganjur.
Manakan tidak, sebelum ini, Mat Sabu begitu yakin, 10,000 orang akan hadir dalam perhimpunan jalanan ini bagi menunjukkan betapa GST yang dilaksanakan kerajaan setahun yang lalu cukup kejam dan memiskinkan rakyat. Malah Mat Sabu menyuarakan keyakinannya bahawa demo Bantah GST ini akan berjaya dan sekaligus menampakkan betapa Pakatan Harapan sememangnya pembela rakyat.
Namun apa yang disaksikan hari ini begitu memalukan Mat Sabu selaku Presiden PAN dan penganjur utama. Sewal jam 1 petang lagi, tidak ternampak sebarang bayangan bahawa demo ini bakal dihadiri kira-kira 10,000 orang kerana di beberapa lokasi yang dinamakan sebagai check point, sambutannya terlalu hambar.
Malah, tidak seperti sebelum ini, banner yang digantung untuk memberitahu demo berkenaan juga langsung tidak dipasang secara meluas. Walaupun beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan seperti Nurul Izzah, Tian Chua, Rafizi Ramli, Saifuddin Abdullah dan lain-lain lagi hadir dalam perhimpunan ini, namun impaknya jelas tidak ketara.
Lebih menarik lagi, ada dakwaan mengatakan Mat Sabu menyediakan RM 3 juta untuk menjayakan perhimpunan ini, namun hasil yang diterima jelas tidak setara dengan jumlah yang dikeluarkan.
Cubaan penganjur untuk menyelamatkan perhimpunan yang jelas gagal ini dengan membawa Tun Dr Mahathir ke lokasi perhimpunan juga menemui kegagalan apabila Tun M tiba setelah hampir kesemua peserta sudah pun meninggalkan Dataran Merdeka.
Lebih mengharukan, Mat Sabu dibiarkan sahaja di Dataran Merdeka untuk menyambung saki baki perhimpunan ini diwaktu Tun M tiba di Datawan Merdeka pada jam 5 petang. Nyata sekali, tanpa bantuan PAS yang selama ini menjadi tulang belakang sesuatu perhimpunan, Mat Sabu bersama-sama PAN, PKR dan DAP nyata gagal membawa semula "kegemilangan" himpunan jalanan pada kali ini.
Setelah kegagalan perhimpunan pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di padang MPAJ, Isnin lalu, inilah tamparan kedua yang diterima Mat Sabu. Ini juga bolehlah dikatakan isyarat jelas dari rakyat Malaysia yang menyokong idealogi pembangkang bahawa, Mat Sabu bukanlah pemimpin yang dicari-cari oleh mereka selama ini.
Malah, tidak keterlaluan dikatakan, Mat Sabu langsung tidak layak untuk memimpin sebuah parti politik. Ini kerana, beliau bukanlah Ahli Parlimen mahupun ADUN bagi mana-mana kawasan sehingga melayakkan beliau dilanti selaku Presiden sesebuah parti politik. Apa yang pasti, gagal tetap gagal.
0 comments:
Post a Comment