My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 April 2016

    ‘TMJ Prihatin Dengan Harimau Malaysia’


    KETUA jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mendapat input terbaik daripada Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke arah memulihkan ‘virus’ yang sering melanda skuad bola sepak kebangsaan. 

    Kim Swee mengakui kagum dengan kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh Tunku Mahkota Johor itu selepas pertemuan dengan ba­ginda pada satu perjumpaan khas di Johor Bahru semalam.

    Kim Swee yang ditemani penolongnya, Brad Maloney menyatakan bahawa pertemuan itu membuktikan betapa besarnya minat Tunku Ismail terhadap sukan bola sepak, malah baginda sanggup membantu dengan menawarkan beberapa panda­ngan dalam misi menambah baik skuad kebangsaan menje­lang aksi playoff Piala Asia 2018 nanti.

    Tambah pengendali kelahiran Melaka itu lagi, pertemuan itu juga secara tidak langsung menjernihkan keadaan yang agak keruh sebelum ini ekoran kritikan jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Mario Gomez terhadap pendekatan sesi latihan yang diamalkan oleh Kim Swee.

    Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu, Tunku Ismail telah menyatakan kesediaan baginda untuk membantu pasukan kebangsaan terutama persiapan untuk aksi playoff Piala Asia 2018 selain bertekad untuk mengangkat dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

    Selain itu, beliau juga mendedahkan, perbincangan tersebut adalah mengenai jadual latihan pasukan Harimau Malaysia selain berkongsi idea dan bertukar pendapat dalam usaha membantu penambahbaikan dalam pasukan kebangsaan.

    “Pertemuan pada hari ini (semalam) telah menunjukkan Tunku Ismail sebenarnya prihatin dengan Harimau Malaysia. Saya fikir pertemuan ini juga te­lah menjelaskan situasi sebenar yang mana tiada pertelingkahan berlaku antara skuad kebangsaan dengan Johor DT.

    “Tunku Ismail juga telah me­nyatakan kesediaan baginda untuk membantu pasukan kebangsaan dan beberapa perancangan masih dalam perbincangan.

    “Apa pun, saya tidak mahu terlepas peluang untuk mengucapkan terima kasih atas kesudian Tunku Ismail untuk mengadakan pertemuan ini dan semangat ini penting kerana kita semua harus bekerjasama dalam misi mengangkat kembali pasukan kebangsaan pada masa akan datang,” katanya semalam.

    Media sebelum ini melapor­kan, Gomez melahirkan rasa kesal terhadap pendekatan pa­sukan kebangsaan selepas berpendapat prestasi pemain-pemain yang bersama skuad negara dilihat merundum sebaik pasukannya bolos dua gol ketika menentang PDRM dalam aksi Piala FA.

    Kim Swee kemudiannya membalas kenyataan itu dan me­nganggap ‘teguran’ Gomez dilihat agak keterlaluan tetapi Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail memohon maaf kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kim Swee meskipun baginda mengakui senada de­ngan pendirian Gomez.  
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘TMJ Prihatin Dengan Harimau Malaysia’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top