Jentera pilihan raya Barisan Nasional dilaporkan sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak, kira-kira tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum yang ke 13 lalu. Pilihan Raya negeri pada kali ini dilihat istimewa kerana inilah kali pertama, Tan Sri Haji Adenan Satem mengetuai semua jentera Pilihan Raya BN selepas beliau dilantik selaku Ketua Menteri Sarawak, dua tahun lalu.
Selaku rakan komponen parti BN, MCA juga tidak ketinggalan
dalam melakukan persiapan mereka bagi membantu calon Pilihan Raya Barisan
Nasional memenangi pilihan raya pada kali ini.
Tidak dinafikan, Sarawak adalah sebuah negeri yang begitu
unik dari segi komposisi etnik dan kaum dimana hampir disetiap bandar di
Sarawak, kaum Cina adalah penduduk majoriti. Untuk ini, MCA dilihat sebagai
jentera paling baik untuk BN bagi menyampaikan segala aspirasi dan visi Barisan
Nasional bagi membantu calon-calon BN menawan kawasan yang bakal ditandingi.
Harus diingat, walaupun MCA tidak wujud di Sarawak, namun peranan MCA dalam membentuk gagasan BN harus diperakui. MCA tidak akan hanya memerhatikan sahaja rakan parti komponen mereka berjuang dalam pilihan raya ini. Pastinya, jentera pilihan raya MCA akan dihantar bagi membantu jentera pilihan raya BN negeri melicinkan lagi kempen mereka kelak.
Harus diingat, walaupun MCA tidak wujud di Sarawak, namun peranan MCA dalam membentuk gagasan BN harus diperakui. MCA tidak akan hanya memerhatikan sahaja rakan parti komponen mereka berjuang dalam pilihan raya ini. Pastinya, jentera pilihan raya MCA akan dihantar bagi membantu jentera pilihan raya BN negeri melicinkan lagi kempen mereka kelak.
Sebagai salah satu komponen utama BN, MCA melihat kemenangan
BN di Sarawak adalah peluang bagi mereka meyakinkan kaum Cina di Sarawak untuk
kembali kepada Barisan Nasional. Ini juga dilihat sebagai peluang MCA bagi
menangkis semua dakyah dan fitnah DAP terhadap kerajaan yang mereka sebarkan
kepada kaum Cina di negeri ini.
Pastinya, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu
melihat, sokongan kaum Cina kembali kepada BN dan sekaligus memberi isyarat
jelas kepada kaum Cina di Semenanjung bahawa, semua dakyah DAP yang memburukkan
BN dan MCA adalah fitnah semata-mata yang jelas mahu memecahkan undi kaum Cina
di Malaysia.
Visi dan aspirasi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan
Satem sentiasa menjadi pegangan kukuh MCA bagi membantu BN pusat yang ditadbir
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memenangi pilihan
raya pada kali ini.
0 comments:
Post a Comment