My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 April 2016

    Masa Tepat Melabur


    Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka mampu meraih pendapatan pelaburan lebih baik dan memberikan pulangan lumayan pada tahun depan berikutan jangkaan situasi ekonomi semasa mencatatkan peningkatan pada separuh kedua tahun ini. 

    Ketua Pelaburan Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank Berhad, Datuk Dr Nazri Khan berkata, peningkatan itu bakal menyaksikan harga komoditi seperti minyak pulih selepas koordinasi maklumat antara Iran dan Russia diselaraskan.

    Menurutnya, situasi itu akan membuatkan pasaran saham berkaitan komoditi kembali meningkat dan pada masa sama menjadikan nilai ringgit mencapai tahap lebih baik selari dengan pemulihan harga komoditi dunia.

    “Kami menjangkakan nilai ringgit akan berada pada RM3.95 berbanding dolar, Bursa Malaysia mencatatkan sebanyak 1,793 mata dan harga minyak mencapai kadar AS$45 per tong menjelang hujung tahun ini,” katanya pada program Santai Labur PNB-Pelaburan dan Kepentingannya Dalam Mengukuhkan Bumiputera di sini, baru-baru ini.

    Beliau berkata, orang ramai terutama golongan Bumiputera diseru melabur pada tahun ini kerana ia adalah masa paling tepat memandangkan kewujudan pelbagai pemangkin yang mampu memacu industri tempatan dan antarabangsa, tahun ini.

    Antara pemangkin terbabit adalah pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang dijangka membuka peluang lebih besar kepada pelabur tempatan untuk meneroka pasaran di negara seperti Amerika dan Jepun.

    Pelaksanaan ASEAN Xchange pada tahun ini akan memberi akses kepada pasaran kepada 600 juta populasi penduduk di rantau Asean dan acara sukan dunia seperti Sukan Olimpik Brazil 2016 serta kejohanan bola sepak Eropah.

    “Pemangkin seperti tawaran permulaan awal mega (IPO) melalui projek Iskandar Waterfront dan Medini serta Pilihan Raya Negeri Sarawak turut membuka lebih banyak peluang untuk melabur dalam unit amanah atau saham langsung pada tahun ini,” katanya.

    Dalam perkembangan sama, peratusan golongan Bumiputera yang melabur dilihat masih rendah di mana ia kini berada pada tahap 22 peratus daripada 60 peratus jumlah penduduk Bumiputera di negara ini.

    “Saya berharap golongan Bumiputera menggunakan peluang sedia ada untuk melabur sama ada secara langsung atau unit amanah bagi menjana pendapatan pasif terutama melalui PNB kerana ia memiliki prestasi lebih konsisten, kos transaksi lebih rendah dan saiz unit amanah terbesar di negara ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Masa Tepat Melabur Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top