My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 6 April 2016

    Pembinaan Jalan Raya Ambil Kira Faktor Gempa Bumi

    CERIA: Musa bersama Joseph (tiga, kanan) pada majlis pelancaran Hari Jeraya Sabah di Kota Kinabalu, semalam. — Gambar Bernama

    Pembinaan semua jalan raya di Sabah pada masa depan akan mengambil kira faktor dan risiko gempa bumi, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

     Justeru, katanya, agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengkaji pengalaman serta berkongsi idea dan teknologi dengan negara yang biasa dilanda gempa bumi bagi diaplikasikan dalam pembinaan jalan raya di negeri ini pada masa depan.

    “Sebab itu, kita menjemput (pakar-pakar) dari negara-negara yang biasa dilanda gempa bumi seperti Taiwan, Jepun dan lain-lain kerana kita ingin mengetahui bagaimana cara-cara dan apa teknologi yang diguna pakai (di negara berkenaan dalam pembinaan jalan raya mereka).

    “Jurutera kita juga sudah mempelajari teknologi (yang berkaitan dengan gempa bumi) tetapi kita juga mahu berkongsi dan mendapatkan lebih banyak idea dengan negara yang pernah megalami gempa bumi ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan merasmikan Sabah Road Day 2016 di sini semalam.

    Turut hadir Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menteri-menteri Kabinet Negeri dan Pengarah JKR Sabah Ir Amrullah Kamal.

    Sempena program Sabah Road Day 2016 yang bertemakan ‘Jalan Raya Mapan Untuk Pembangunan’ berkenaan, persidangan turut diadakan dengan penjemput penceramah dari negara seperti Taiwan, Jepun, Indonesia, Australia dan lain-lain untuk berkongsi kepakaran serta pengalaman masing-masing berkaitan kejuruteraan. 

    Seminar berkenaan dihadiri pengarah-pengarah JKR dari negeri-negeri di Semenanjung, Sarawak serta wakil dari negara jiran Brunei Darussalam. Mengenai program dan persidangan berkenaan, Musa berkata melaluinya Sabah boleh mengetahui dan mempelajari teknologi serta penemuan baharu untuk diguna pakai untuk membangunkan jalan raya, bangunan dan lain-lain di negeri ini.

    Musa berkata kerajaan negeri sentiasa menggalakkan dan mengalu-alukan dan menyokong apa sahaja program yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah.

    “Yang penting kita ingin tahu sistem baharu, juga mahu mempelajari kaedah mengatasi keadaan sesak lalu lintas kita. Apa yang terbaik untuk lalu lintas kita. Sekarang ini kita sedang melihat sistem Bus Rapid Transit (BRT) dan Sistem Transit Ringan (LRT) dan lain-lain sistem. Yang penting kita boleh mengurangkan kesesakan ataupun memudahkan pengguna jalan raya,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pembinaan Jalan Raya Ambil Kira Faktor Gempa Bumi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top