My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 17 April 2016

    Menjawab Soalan-Soalan Yang Selalu Dimainkan Oleh “Haters”



    Pelbagai spekulasi dimainkan oleh ramai pihak berhubung operasi perniagaan yang dijalankan oleh McDonald’s. Rata-rata mereka mendakwa, McDonald’s Malaysia ada menyumbang kepada semua konflik yang melibatkan Israel mahupun Amerika Syarikat di Timur Tengah. Persoalannya, benarkah dakwaan demikian? 

    Paling popular, ramai yang medakwa, McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dimiliki oleh pemilik berbangsa Yahudi yang pro Israel serta mempunyai agenda anti Islam dan Anti Palestin. Untuk soalan ini, Jawapannya adalah tidak benar sama sekali.

    Sebenarnya, McDonald’s di Amerika Syarikat tidak dimiliki oleh mana-mana individu kerana ia adalah sebuah syarikat yang diperdagangkan kepada awam di Bursa Saham New York (NYSE) sejak dari tahun 1965. Pemegang sahamnya adalah terlalu ramai sehingga meliputi lebih 1.8 juta orang yang terdiri dari belbilang negara.

    Lebih menarik lagi, tiada walaupun seorang individu pun yang memiliki lebih daripada 10 peratus saham McDonald’s di NYSE. Tohmahan terhadap McDonald’s ini sebenarnya diburukkan lagi dengan pelbagai tuduhan dan andaian menerusi laman sosial yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap McDonald’s. Untuk ini, McDonald’s Malaysia menafikan sekeras-kerasnya semua pertuduhan yang dilemparkan terhadap McDonald’s menerusi laman sosial.

    Apa yang boleh disifatkan, semua pertuduhan terhadap McDonald’s di laman sosial hari ini lebih kepada melemahkan perniagaan McDonald’s. Untuk ini, pihak pengurusan McDonald’s menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada laman web koperat McDonald’s di www.mcdonalds.com.my untuk keterangan lebih lanjut.

    Salah satu yang menarik untuk kita lihat adalah, adakah McDonald’s menghadapi panggilan boikot di negara-negara lain selain Malaysia. Untuk ini, McDonald’s sekali lagi menafikan mendapat panggilan untuk memboikot seperti di Malaysia. Apa yang pasti, operasi perniagaan McDonald’s juga terdapat di negara-negara Islam di Timur Tengah dan Indonesia.

    Menariknya, tidak seperti di Malaysia, tidak ada satupun rangkaian restoran di sana di boikot seperti di Malaysia. Membicarakan tentang pembayaran royalti, McDonald’s mengakui, ada membayar royalti berkenaan namun pembayaran ini hanyalah tertakluk kepada pembayaran royalty penggunaan jenama, satu amalan biasa dalam dunia perniagaan berasaskan francaisi.

    Malah, pembayaran seumpama ini juga turut diamalkan di semua jenis perniagaan yang menggunakan nama dan logo sesuatu jenama. Apa yang paling utama, segala bentuk pembayaran kepada pembekal-pembekal makanan, pembayaran gaji, sewa-sewa premis dan banyak lagi adalah hasil daripada perniagaan McDonald’s itu sendiri.

    Malah, semua hasil keuntungan yang dinikmati oleh McDonald’s juga turut dilaburkan ke dalam negara sendiri. Ini adalah serba sedikit jawapan untuk segala persoalan yang sentiasa dibangkitkan oleh mereka yang sentiasa berminat untuk menjatuhkan hukuman tanpa melihat terlebih dahulu kebenaran. Usah mudah menjatuhkan hukuman dan terpedaya dengan semua mainan persepsi yang tidak diketahui kebenarannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Menjawab Soalan-Soalan Yang Selalu Dimainkan Oleh “Haters” Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top