My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 April 2016

    Siri 1 : Sejarah McDonald’s Di Malaysia, Penglibatan Warga Tempatan Dan Komuniti



    Setiap satu jenama makanan di dunia, pastinya mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan McDonald’s. Hari ini, berapa ramai yang tahu sejarah awal kemasukan McDonald’s di Malaysia, berapakah jumlah outlet mereka, penglibatan warga tempatan dan sumbangan McDonald’s kepada komuniti?

    Menerusi artikel bersiri ini, penulis ingin mengajak para pembaca menyelusuri sejarah awal McDonald’s Malaysia, penglibatan warga tempatan dan juga sumbangan McDonald’s terhadap komuniti yang tidak pernah di siarkan dimana-mana.


    McDonald’s Malaysia sebenarnya telah memulakan operasi mereka di Malaysia pada Mei 1982 dengan asalnya ialah Golden Arches Restaurants Sdn Bhd (GAR). Tahun demi tahun, GAR semakin mendapat tempat dihati pelanggannya sehinggalah GAR telah menukar namanya kepada McDonald’s, sempena nama asal McDonald’s di pasaran antarabangsa.

    Perkembangan pesat rangkaian makanan segera ini telah memberikan peluang untuk lebih 400 pembekal-pembekal tempatan menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih erat. Malah, McDonald’s juga telah menyediakan lebih 12 ribu peluang pekerjaan di seluruh Malaysia dimana 95 peratus daripadanya adalah dari anak tempatan sendiri.

    Hari ini, McDonald’s mempunyai 270 buah restoran di seluruh negara dimana McDonald’s menyasarkan untuk membuka kira-kira 230 buah restoran lagi pada masa akan datang. Dengan menjadikan jumlah keseluruahnya mencecah 500 buah restoran pada masa akan datang, ini akan mewujudkan kira-kira 11,500 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

    Tidak ramai yang tahu bahawa, setiap tahun, lebih 1,000 pengurus McDonald’s menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s yang melengkapkan mereka dengan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan operasi restoran.

    Malah, pada 2014 sahaja, lebih daripada RM 100 juta telah dilaburkan untuk membuka, mengubahsuai dan menaik taraf restoran-restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Ini sekaligus mengesahkan bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyalurkan sebarang hasil jualan, keuntungan atau royalty mereka terhadap sebarang konflik antarabangsa.
     Dari segi francais, hari ini, lebih 70 buah restoran McDonald’s Malaysia dimiliki dan diusahakan oleh sekitar 30 orang francaisi yang kesemuanya terdiri daripada warga tempatan. Paling utama, kesemua pemegang francaisi ini bukan merupakan kakitangan syarikat Golden Arches Restaurants Sdn Bhd dan lebih menarik lagi, mereka merupakan majikan kepada pekerja-pekerja di restoran yang dfrancaiskan kepada mereka.

    Para pemilik Francaisi ini juga melabur dalam jumlah amaun yang cukup besar malah ada diantaranya mencecah jutaan ringgit. Paling utama, mereka turut menanggung risiko perniagaan sendiri sebagai usahawan. Pemilik francaisi ini mengusahakan restoran mereka di serata Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan juga Sabah.

    Malah, McDonald’s juga menyasarkan untuk memfrancaiskan sekitar 50 peratus  daripada jumlah keseluruhan restoran McDonald’s di Malaysia menjelang tahun 2020 bagi menyediakan lebih banyak peluang perniagaan kepada anak-anak tempatan.


    Disamping itu, McDonald’s juga tidak melupakan sumbangan khidmat komuniti kepada mereka yang memerlukan. Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia ayau RMHC yang diiktiraf sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, McDonald’s telah menyalurkan lebih RM 11 juta untuk membantu sekitar 20,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara.

    McDonald’s Malaysia juga telah menyumbangkan lebih RM 900 ribu kepada pelbagai rumah kebajikan tempatan menerusi kempen kutipan amal ‘Prosperity Gives Back’ yang telah dilancarkan pada tahun 2011.


    Untuk siri kedua, penulis akan menjawab pelbagai soalan yang sering dimainkan oleh ramai piihak yang mengaitkan McDonald’s Malaysia dengan agenda barat terutamanya konflik di Asia Barat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siri 1 : Sejarah McDonald’s Di Malaysia, Penglibatan Warga Tempatan Dan Komuniti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top