My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 April 2016

    Jerebu : 83 Sekolah Di Sabah Ditutup


    Jumlah sekolah yang ditutup akibat jerebu di negeri ini meningkat kepada 83 buah berbanding 77 buah yang diumumkan kelmarin. 

    Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Maimunah Suhaibul berkata, kesemua 83 buah sekolah itu yang terletak di daerah Beaufort, Papar dan Kuala Penyu akan ditutup pada hari ini. Katanya, keputusan diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para pelajar berada pada tahap baik memandangkan keadaan jerebu tidak sihat melanda daerah-daerah berkenaan.

    “Sebanyak 53 buah sekolah ditutup di Beaufort, 16 di Papar dan 14 buah lagi di daerah Kuala Penyu. Penutupan sekolah tersebut melibatkan seramai 22,782 pelajar,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kem Membaca 1Malaysia 2016 peringkat ne­geri di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jerebu : 83 Sekolah Di Sabah Ditutup Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top