My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 April 2016

    Dua Geng Samseng Bertempur Sampai Ke Balai Polis



    Pergaduhan dua kumpulan bermusuh di tempat letak kereta di Desa Kiambang dekat sini berlarutan ke Balai Polis Se­rendah sehingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi menghalang pertumpahan darah di kawasan balai polis. 

    Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Serendah pada mulanya cuba menghalang tindakan seorang lelaki yang membawa parang masuk ke balai polis.

    Suspek dipercayai mahu menghalang seorang mangsa yang diserang kumpulannya daripada membuat laporan polis. Kedegilan suspek yang dipercayai mabuk itu menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mengenai lutut kiri suspek itu.

    Suspek yang ditembak itu didakwa ahli kongsi gelap Geng 08 dan sebelum kejadian dia bersama kira-kira 20 rakannya menyerang sekumpulan lelaki di tempat letak kereta berhampiran sebuah kedai makan di Desa Kiambang. Kumpulan lelaki yang diserang itu juga didakwa anggota samseng kumpulan 36.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Geng Samseng Bertempur Sampai Ke Balai Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top