My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 6 April 2016

    Tuntutan Wang Tak Akan Dilayan


    Kerajaan tidak akan tunduk terhadap sebarang tuntutan wang tebusan daripada kumpulan yang menculik empat rakyat Malaysia di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada Jumaat lalu. 

    Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat berkata, polisi kerajaan adalah jelas iaitu tidak akan memenuhi sebarang permintaan wang tebusan daripada pihak penculik yang dipercayai kumpulan Abu Sayyaf atau pengganas Sulu.

    “Kita sedia berunding dengan kerajaan Filipina dalam usaha kita membebaskan empat rakyat negara ini yang berasal dari Sibu, Sarawak.

    “Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang panggilan diterima daripada kumpulan penculik terbabit,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan taklimat dan dialog latihan pengawal keselamatan bertauliah (CSG) peringkat negeri di Kompleks Islam Sarawak di sini semalam.

    Masir memberitahu, pihak kementerian masih menunggu sama ada kumpulan penculik terbabit akan menghubungi keluarga empat anak kapal terbabit untuk menuntut wang tebusan atau sebaliknya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tuntutan Wang Tak Akan Dilayan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top